awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan sahkan kes pertama ASF selepas dua bulan, 20,000 babi dilupuskan
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta bantuan orang ramai kesan pengasuh kanak-kanak hilang di Rompin

Bernama
Bernama
18/01/2026
02:50 MYT
Polis minta bantuan orang ramai kesan pengasuh kanak-kanak hilang di Rompin
KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pengasuh kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Tanjung Gemok, Rompin sejak 13 Ogos tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Norazmawati Mohd Darwi, 45, daripada anak lelaki orang hilang itu pada 9.47 pagi 14 Ogos 2025.
Beliau berkata isteri kepada seorang nelayan itu, kali terakhir dilihat berbaju kurung dan bertudung di Jalan Selancar, Kampung Tanjung Gemok, Rompin.
"Wanita yang berkulit kuning langsat itu tidak pernah menghubungi keluarganya sehingga kini. Pihak polis juga telah membuat hebahan bagi mengesan orang hilang berkenaan.
"Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (PKD) Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin menerusi talian 09-4145999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rompin
#pengasuh kanak-kanak hilang
#isteri nelayan
#Polis Daerah Rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan