awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan sahkan kes pertama ASF selepas dua bulan, 20,000 babi dilupuskan
Keluarga reda terima berita kematian Nadia Kesuma
Serpihan dipercayai pesawat ATR 42‑500 hilang ditemui di Bukit Bulusaraung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nuh Travel bantu urus tiket penerbangan suami, anak Nadia Kesuma ke Jeddah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2026
03:00 MYT
Nuh Travel bantu urus tiket penerbangan suami, anak Nadia Kesuma ke Jeddah
Nadia Kesuma dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung di Jeddah. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Agensi pelancongan, Nuh Travel & Tours Sdn Bhd (Nuh Travel) akan menguruskan tiket penerbangan serta tempat tinggal kepada suami dan anak perempuan Allahyarham Nadia Kesuma sepanjang mereka berada di Jeddah.
Syarikat itu memaklumkan, pihaknya kini dalam proses mendapatkan tiket penerbangan hari ini selain menyediakan wakil syarikat yang akan membantu ahli keluarga pelakon itu di negara berkenaan.
"Wakil syarikat bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan pihak muassasah akan menyambut ketibaan mereka serta menguruskan keperluan logistik di sana.
"Kami juga bekerjasama dengan wakil kedutaan Malaysia untuk mendapatkan beberapa dokumen penting bagi menyelesaikan proses serta prosedur pengebumian Allahyarham Nadia," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Sebelum ini kehilangan Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.
Perkara itu disahkan anak perempuannya, menerusi Threads apabila memaklumkan yang ibunya meninggal akibat sakit jantung.
Nadia atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, merupakan antara jemaah yang menyertai Pakej Umrah Ziarah London dan Paris bersama 21 jemaah lain. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nadia Kesuma
#Nuh Travel & Tours
#Jeddah
#pelakon meninggal dunia di Jeddah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan