awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPN digitalkan 150 juta rekod fizikal disimpan sejak 1869

Bernama
Bernama
09/01/2023
10:06 MYT
JPN digitalkan 150 juta rekod fizikal disimpan sejak 1869
Saifuddin Nasution berkata penyimpanan rekod secara elektronik itu juga dapat menjadi rujukan dan memudahkan pencarian pada masa hadapan sekiranya diperlukan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang melakukan proses menyimpan 150 juta rekod fizikal yang disimpan sejak 1869 ke bentuk digital bagi tujuan keselamatan dan pemuliharaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata meskipun kebanyakan rekod daftar kelahiran dan kematian yang dimiliki jabatan itu hanya mengandungi maklumat asas seperti nama ayah dan ibu, nama anak, alamat dan pekerjaan, ia juga merupakan khazanah maklumat penduduk negara yang harus dipulihara.
"Ini merupakan sebahagian daripada rancangan masa hadapan kita supaya khazanah ini dapat disimpan dengan selamat dan sesuai dengan peredaran teknologi semasa bagi tujuan pendigitalan rekod jabatan," katanya pada sidang media selepas membuat lawatan kerja di JPN di sini hari ini.
Selain menghargai maklumat yang dimiliki, Saifuddin Nasution berkata penyimpanan rekod secara elektronik itu juga dapat menjadi rujukan dan memudahkan pencarian pada masa hadapan sekiranya diperlukan.
Menurutnya, setakat ini kira-kira 30,000 rekod telah disimpan secara digital dan proses penyimpanan akan terus dilaksanakan oleh jabatan berkenaan sehingga selesai.
Semasa lawatan itu, beliau diberi taklimat tentang operasi menyeluruh JPN selain turut menyampaikan surat kelulusan permohonan kewarganegaraan kepada 28 pemohonan yang berjaya.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPN
#proses digitalisasi
#rekod fizikal
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan