awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPN Kelantan tumpu cari tujuh murid Orang Asli hilang di hutan

Bernama
Bernama
27/08/2015
09:00 MYT
JPN Kelantan tumpu cari tujuh murid Orang Asli hilang di hutan
Tujuh murid Orang Asli yang tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi dilaporkan hilang di kawasan hutan selepas mandi di sungai berdekatan sekolah itu, Ahad lepas.
Usaha mencari tujuh murid Orang Asli yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang Ahad lepas, menjadi fokus utama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan ketika ini.
Pengarahnya Ab Aziz Abdullah berkata usaha mencari perlu dipergiatkan oleh semua pihak bagi memastikan semua murid yang hilang itu segera ditemui.
"Buat masa ini, kita perlu memastikan keselamatan semua murid terbabit terlebih dahulu. Perkara lain termasuk kelewatan laporan polis dibuat akan ditentukan selepas ini selepas siasatan rapi dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Ab Aziz berkata pihaknya memandang serius insiden berkenaan kerana membabitkan keselamatan murid sekolah.
Beliau berkata buat masa sekarang, semua pihak diminta tidak membuat spekulasi negatif terhadap pihak sekolah berkenaan.
"Kami akan menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara ini. Jika wujud kesilapan tindakan sewajarnya akan ditentukan nanti," katanya.
Tujuh murid Orang Asli yang tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi dilaporkan hilang di kawasan hutan selepas mandi di sungai berdekatan sekolah itu, Ahad lepas.
Seorang guru sekolah terbabit telah membuat laporan polis mengenai kehilangan murid berkenaan pada 2.25 pagi Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah dilaporkan berkata murid berkenaan melarikan diri ke dalam hutan terbabit kerana takut diambil tindakan oleh guru selepas mandi di sungai berhampiran sekolah tanpa kebenaran.
Enam murid perempuan dan seorang murid lelaki itu berusia antara tujuh dan 11 tahun.
Topic Berkaitan
#Ab Aziz Abdullah
#hilang
#JPN
#Kelantan
#Orang Asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan