BANTING: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memperuntukkan RM30.07 juta bagi menyediakan kemudahan pembelajaran kepada 1,781 Tadika Perpaduan dan 41 Taska Perpaduan di seluruh negara tahun ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata peruntukan itu meliputi penyediaan buku aktiviti, kit pemula seperti baju seragam dan beg sekolah serta perlindungan insurans kemalangan diri berkelompok membabitkan 36,000 murid Tabika Perpaduan dan 1,000 murid Taska Perpaduan seluruh negara.
"Kemudahan ini diharap dapat memastikan semua murid kembali ke alam persekolahan dengan lebih bersedia, selamat dan bersemangat untuk belajar," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Cilik Perpaduan Kembali Ke Tabika Perpaduan dan Taska Perpaduan Tahun 2024 di sini, semalam.
Beliau turut menyentuh mengenai cadangan kementerian untuk menambah bilangan Tadika Perpaduan dan Taska Perpaduan khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar.
Aaron berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam tempoh terdekat memandangkan jumlah kedua-dua taska berkenaan tidak bertambah sejak 2013.
Sementara itu beliau berkata JPNIN juga akan menyeragamkan penyediaan kemudahan internet kepada Tabika dan Taska Perpaduan dengan menggunakan pelan langganan CelcomDigi berjumlah RM1.4 juta tahun ini.
Beliau berkata melalui penyeragaman itu, kementerian dapat membuat penjimatan sehingga RM997,969 setahun berbanding penggunaan khidmat pelbagai pembekal telco sedia ada.
"Kementerian menyokong pendidikan digital selari dengan sistem pembelajaran yang mengalami perubahan pesat, dan menerusi JPNIN kami komited memastikan semua kelas Tabika dan Taska Perpaduan mendapat kemudahan internet yang terbaik," katanya.
Selain itu Aaron berkata JPNIN turut membangunkan sistem e-Tabika Perpaduan (eTP) yang bertujuan memudahkan pengurusan dan pengoperasian Tabika Perpaduan.
Katanya melalui sistem itu, semua data dan maklumat berkaitan dengan pengurusan Tabika Perpaduan akan dapat disimpan dengan lebih teratur, selamat dan sistematik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Aaron (dua, kanan) menerima replika Pakej Internet Cilik Perpaduan daripada Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi, Afizulazha Abdullah (kiri) pada Majlis Program Perpaduan Kembali ke Tabika dan Taska Perpaduan Tahun 2024. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
JPNIN peruntuk RM30.07 juta sedia kemudahan tadika, taska perpaduan tahun ini
Peruntukan itu meliputi penyediaan buku aktiviti, kit pemula seperti baju seragam dan beg sekolah serta perlindungan insurans.
Polis Terengganu tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid
Usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
Skuad Uniti KRT diaktifkan hadapi Monsun Timur Laut
JPNIN mengaktifkan Skuad Uniti dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL).
Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Johor dituduh buat tuntutan palsu
Rajali Mudin yang kini bertugas sebagai Pengarah Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan JPNIN membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Bekas Pengarah Perpaduan mengaku tidak bersalah kemuka dokumen palsu RM47,800
Rajali Mudin membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Bekas Penolong Pegawai Perpaduan mengaku tidak bersalah kemuka invois palsu RM6,000
Perkhidmatan pembekalan makanan dan minuman itu bagaimanapun tidak dilakukan dan tertuduh ketika kejadian bertugas di JPNIN Alor Gajah.
Kaji naikkan kadar geran Rukun Tetangga kepada RM10,000
Pihaknya difahamkan terdapat KRT yang aktif dalam menganjurkan pelbagai program untuk penduduk setempat, namun menghadapi kekurangan dana sehingga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
Manfaatkan media baharu untuk perpaduan - Joseph Kurup
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) diminta memanfaatkan media baharu untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan positif ke arah menggalakkan perpaduan.