awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPNJ pantau perkembangan terkini insiden gas beracun - Maszlee

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
21/06/2019
16:01 MYT
JPNJ pantau perkembangan terkini insiden gas beracun - Maszlee
MASZLEE: Jabatan Pendidikan Negeri Johor memantau dengan dekat setiap perkembangan terkini dan mereka akan mengikuti SOP yang telah ada. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) memantau dengan dekat setiap perkembangan terkini insiden membabitkan 15 pelajar yang mengalami kesukaran bernafas dan muntah-muntah, kemungkinan disebabkan gas beracun.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, jabatan tersebut akan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya kejadian serupa berulang.
"Bagi perkembangan di Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor memantau dengan dekat setiap perkembangan terkini dan mereka akan mengikuti SOP yang telah ada dan akan mengambil tindakan yang wajar kalau berlaku lagi," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-63 di Wisma DBP, di sini, pada Jumaat.
BACA: Insiden di Pasir Gudang mungkin disebabkan terhidu gas beracun - Dr Dzulkefly
BACA: 15 pelajar di Pasir Gudang alami simptom muntah-muntah, sesak nafas
Pada Khamis, sekurang-kurangnya 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, di pasir Gudang mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata pihaknya menerima panggilan pada petang Khamis berhubung pencemaran udara.
Katanya, dua unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, insiden berkenaan kemungkinan disebabkan gas beracun.
Topic Berkaitan
#bomba
#Gas beracun
#Jabatan Pendidikan
#Johor
#JPNJ
#kesihatan
#muntah
#pelajar
#pencemaran udara
#pendidikan
#sekolah
#sesak nafas
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan