JPNS sentiasa pantau malim gunung berdaftar di Negeri Sembilan

Peserta Angsi Forest Challenge (AFC) 2025 bersedia sebelum pelepasan di Taman Eko Rimba Ulu Bendul di sini hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA PILAH: Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) sentiasa memantau semua malim gunung perhutanan berdaftar di negeri ini bagi memastikan aspek keselamatan pendaki serta kualiti khidmat pemanduan berada pada tahap terbaik.
Ringkasan AI
- Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) sentiasa memantau semua malim gunung berdaftar bagi memastikan keselamatan pendaki dan kualiti khidmat pemanduan berada pada tahap terbaik. Setiap malim diwajibkan mengikuti kursus dan memperbaharui lesen tahunan.
- Pengarah JPNS, Hamidi Abd Halim berkata seramai 77 malim gunung berdaftar sejak Ogos lalu terdiri daripada individu berpengalaman dan tiada kes pelanggaran peraturan atau lesen ditarik balik dilaporkan. Negeri Sembilan mempunyai 14 trek pendakian yang dihadkan bagi elak kerosakan alam sekitar dan mudahkan pemantauan.
- Program Angsi Forest Challenge (AFC) 2025 yang berlangsung dua hari disertai 900 peserta termasuk dari luar negara seperti Singapura, Jepun, UK dan Kanada sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Negeri Sembilan (TMNS) 2026.
"Alhamdulillah, di Negeri Sembilan semuanya berjalan lancar, tiada lesen ditarik balik dan tiada kes pelanggaran peraturan pendakian dilaporkan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan peserta Angsi Forest Challenge (AFC) 2025 di Taman Eko Rimba Ulu Bendul di sini hari ini.
Beliau berkata, terdapat 14 trek pendakian di negeri ini dan jumlah itu dihadkan bagi mengelakkan kerosakan alam sekitar serta memudahkan pemantauan.
Sementara itu, beliau berkata program AFC 2025 yang berlangsung selama dua hari hingga esok disertai 900 peserta termasuk dari luar negara seperti Singapura, Jepun, United Kingdom dan Kanada, sebagai sebahagian persiapan menyambut Tahun Melawat Negeri Sembilan (TMNS) 2026.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


