awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok

Bernama
Bernama
11/02/2025
22:30 MYT
JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
Siti Fairus (duduk dua dari kanan) bersama penduduk Kampung Rong Chenok selepas meninjau kawasan jambatan runtuh. - Gambar Sinar Harian
PASIR MAS: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.
Pengarah JPS Kelantan Dr Siti Fairus Zakaria berkata pihaknya telah meneliti pelbagai aspek pembinaan jambatan tersebut, termasuk kapasiti penggunaannya, aliran air sungai semula jadi, serta aras banjir tahun lepas.
Menurutnya, kakitangan JPS di peringkat jajahan telah turun padang untuk melakukan pemeriksaan selepas menerima laporan mengenai kejadian runtuhan itu.
"Berdasarkan keperluan mendesak, perkara ini telah kita utarakan kepada pihak berkaitan, dan JPS telah menyediakan model jambatan baharu dengan spesifikasi yang sesuai untuk dibina di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi jambatan tersebut di Kampung Rong Chenok di sini, pada Selasa.
JPS Kelantan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu masyarakat dan berharap kerajaan dapat meluluskan cadangan pembinaan jambatan itu dalam masa terdekat.
Jambatan yang dibina sejak 1981 itu runtuh akibat binaannya yang sudah lama serta kesan arus deras banjir.
"Oleh itu, reka bentuk baharu yang akan dibina lebih lebar, tinggi, dan kukuh bagi menghadapi banjir yang hampir setiap tahun melanda kawasan ini," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan lebih 2,000 penduduk Mukim Rong Chenok menghadapi kesukaran selepas jambatan utama di kawasan itu runtuh akibat arus deras banjir pada 28 Nov lepas.
Jambatan sepanjang 100 meter itu merupakan laluan utama penduduk ke bandar Pasir Mas dan turut digunakan oleh pelajar sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Jabatan Pengairan dan Saliran
#aliran air sungai
#laluan utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan