awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPS ramal banjir di Kuantan, Rompin

Bernama
Bernama
06/02/2023
06:25 MYT
JPS ramal banjir di Kuantan, Rompin
Banjir dijangka bermula pada 12.30 tengah hari 6 Februari. Ia boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan. - Gambar fail
KUANTAN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di daerah Kuantan dan Rompin, yang diramal boleh berlaku hari ini jika hujan yang signifikan terus berlaku di Pahang.
Bagi Kuantan, lokasi dijangka banjir melibatkan lembangan Sungai Kuantan iaitu Kampung Batu 6, Kampung Sungai Caru, Kampung Panching, Kampung Pasir Kemudi dan kawasan sekitar.
Di Rompin pula, kawasan diramal banjir ialah Kampung Perwira Jaya, Felda Selancar dan kawasan sekitarnya yang melibatkan lembangan Sungai Rompin.
"Banjir dijangka bermula pada 12.30 tengah hari 6 Februari. Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan," menurut JPS menerusi kenyataan hari ini.
JPS menyatakan amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir.
Orang ramai juga boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut berkaitan banjir.
Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiga sungai di Kuantan telah melebihi paras bahaya iaitu Sungai Lembing, Sungai Kuantan di Bukit Kenau dan Sungai Belat di Sri Damai.
Laman media sosial Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan pula melaporkan Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran Simpang Sentoria di Gambang ditutup kepada kenderaan ringan akibat dinaiki air setakat tengah hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Rompin
#Kuantan
#JPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan