awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas

Bernama
Bernama
14/02/2025
01:45 MYT
JS-SEZ: Kementerian Ekonomi garis tiga perancangan jangka panjang elak kesesakan lalu lintas
KUALA LUMPUR: Kerajaan menggariskan tiga perancangan jangka panjang bagi mengekang kesesakan lalu lintas yang berpotensi berlaku disebabkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Kementerian Ekonomi.
Kementerian itu berkata antara perancangan tersebut ialah meningkatkan kapasiti pelepasan dan melaksanakan lorong automatik secara berfasa, tertakluk kepada keperluan dan peraturan kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.
"Selain itu, kerajaan juga meneroka mod pengangkutan alternatif berdaya maju secara komersial dan memenuhi keperluan peraturan seperti keselamatan dan sekuriti bagi setiap negara.
"Kerajaan juga berusaha membangunkan ketersambungan lancar dengan memperkukuh rangkaian pengangkutan tempatan di Malaysia bagi menyokong JS-SEZ," menurut kementerian dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.
Kementerian Ekonomi berkata demikian bagi menjawab soalan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) yang ingin mengetahui adakah wujud penggunaan dana awam di dalam pelaksanaan projek JS-SEZ) dan apakah perancangan jangka masa panjang kerajaan bagi mengekang kesesakan lalu lintas yang berpotensi berlaku disebabkan JS-SEZ.
Sementara itu, ia berkata kerajaan Malaysia telah mewujudkan dana pemudahcara (infrastruktur) berjumlah RM5 bilion yang antara lain akan digunakan untuk menyokong pembangunan kawasan JS-SEZ.
"Pertimbangan untuk penggunaan dana adalah tertakluk kepada dasar dan prioriti kerajaan manakala kerajaan Singapura pula akan memperkenal satu bentuk sokongan pembiayaan tersendiri bagi memudahkan pengembangan operasi syarikat-syarikat Singapura yang mahu beroperasi di kawasan JS-SEZ," katanya.
Pada 7 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menyaksikan pertukaran perjanjian bersama antara Malaysia dan Singapura mengenai JS-SEZ.
JS-SEZ merangkumi kawasan pembangunan Iskandar, Forest City, Pengerang Integrated Petroleum Complex dan Desaru dengan keluasan tanah 357,128 hektar.
Wilayah pembangunan Iskandar turut meliputi Pusat Bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Tanjung Pelepas-Tanjung Bin, Pasir Gudang, Senai-Skudai dan Sedenak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Ekonomi
#Parlimen
#JS-SEZ
#kesesakan lalu lintas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan