Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak berjaya mematahkan dua percubaan sindiket dadah dengan merampas pelbagai jenis bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM 413,869.
Serbuan polis di dua lokasi berasingan berhasil dengan penahanan dua pekerja kelab malam termasuk seorang wanita di Seri Manjung dan seorang lelaki di Parit Buntar, Kerian.
Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata serbuan pertama pada Ahad lalu adalah hasil risikan daripada pihak JSJN IPD Manjung mengenai aktiviti pengedaran dadah untuk tujuan hiburan di sekitar daerah itu.
"Kita memberkas seorang lelaki dan wanita yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pub, masing-masing berusia 45 dan 29 tahun di sebuah pusat hiburan di Seri Manjung di mana kita telah menemui pelbagai jenis pil khayal.
"Hasil pemeriksaan, polis merampas 16,000 biji pil Eramin dan 2,100 pil Esctasy serta 446.54 gram dadah jenis Ketamine," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bilik Media IPK pada pagi Selasa.
Jelasnya, kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing mereka adalah negatif.
Ujarnya, mereka kini ditahan reman selama seminggu bermula 14 Mei lepas bagi tujuan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hasnan berkata, buat masa ini pihaknya masih menyiasat kemungkinan penglibatan pemilik pub berkenaan dalam aktiviti pengedaran dadah di pusat hiburan di daerah itu.
Dalam pada itu, polis turut menahan pemilik kedai cuci kereta berusia 52 di Jalan Merbuk, Parit Buntar yang dipercayai terlibat dalam sekumpulan geng berenam dalam sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang-Parit Buntar.
Sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi sejak beberapa bulan lalu, kata beliau.
"Turut ditemui bersama-sama lelaki itu ialah 3.2 kg dadah jenis heroin gred III bernilai RM80,275 selain menyita sebuah motosikal. Heroin yang dirampas itu cukup untuk kegunaan 10,000 orang penagih," katanya lagi.
Katanya, suspek memiliki empat rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah dan dadah bagaimanapun saringan ujian awal air kencing suspek adalah negatif.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan dan suspek telah ditahan reman selama seminggu bermula 14 Mei bagi membantu siasatan," katanya.
Nazialita Geynna Maharan
Tue May 16 2017

Antara bahan terlarang yang dirampas dalam serbuan polis. - Astro AWANI
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611767988_infografikjanuari.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)
KKM memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan 2 kluster komuniti.

ACL 2021 | JDT satu kumpulan dengan Jiangsu, Nagoya Grampus
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), satu-satunya pasukan mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan berentap dalam Kumpulan G selepas keputusan penuh undian diumumkan.

Vaksin COVID-19 | Myanmar mulakan program vaksin petugas kesihatan
Petugas kesihatan Myanmar menjadi kumpulan pertama yang diberi vaksin COVID-19 di negara berkenaan. Ia genap lima hari selepas vaksin pertama itu diterima dari India.

PKP 2.0 | Tubuh badan khas yang lebih ketat
Beberapa sektor ekonomi perlu diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887479/8967789641611764359059_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari, dia sering datang ke pusat internet komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

10 Berita Pilihan - (27 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPM | Astro Tutor TV saji program 30 hari menjelang SPM
Mulai 23 Januari (Sabtu) ini, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, '30 Hari Menjelang SPM' di platform Astro Tutor TV.

Perkeso siasat kegiatan palsukan dokumen tuntutan faedah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti kewujudan sebarang kegiatan pemalsuan dokumen rekod pesakit bagi tujuan tuntutan faedah. Ia susulan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan tuntutan faedah melibatkan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Pulau Pinang pada 25 Januari lepas.

PM ucap selamat menyambut Thaipusam
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan Thaipusam kali ini terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

17 MPV kejar penjenayah dari Johor Bahru hingga ke Kluang
Pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi.

COVID-19: Duopharma Biotech bekal 6.4 juta dos vaksin Sputnik V
DMSB juga memeterai Perjanjian Lembaran Bertempoh dengan KKM untuk membekalkan kesemua 6.4 juta dos bagi tujuan vaksinasi kepada 3.2 juta rakyat Malaysia secara berperingkat dalam tempoh 2021.

Malaysia bakal peroleh vaksin buatan China, Rusia
KKM hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan 18.4 juta dos vaksin.

13 anggota sindiket dadah terbesar didakwa esok - Ayob Khan
13 anggota sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket terbabit dan teman wanitanya selaku 'akauntan' akan didakwa di mahkamah Majisteret pada Selasa.

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Sembrong
Difahamkan, lelaki terbabit bertindak terjun ke dalam sungai tersebut semasa operasi membasmi dadah oleh polis, di sekitar kawasan berkenaan.

Kes Dadah: Armada serah sepenuhnya kepada polis, akui suspek ahli Bersatu
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tangkapan seorang ahli politik kerana memproses dadah pada Rabu.

Ahli politik proses sendiri ganja, jual RM300 sebotol
Suspek pernah bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik tahun lalu.

Lima individu ditahan bersama hampir 29 kilogram syabu
Lima individu ditahan bersama Dadah jenis Syabu oleh sepasukan polis dari bahagaian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Vaksin COVID-19: KKM ambil maklum laporan susulan kes kematian di Norway
Autopsi menunjukkan penerima mengalami demam, mual dan cirit-birit yang merupakan kesan advers biasa selepas penerimaan imunisasi.

Tiga penyamun 'buru' mangsa lemah, bertubuh kecil dan bersendirian ditahan
Itu modus operandi sekumpulan penjenayah yang menyamar sebagai polis untuk melakukan samun di sekitar Taman Melawati, Ampang Jaya.