Sejumlah RM41.12 juta rampasan dadah berjaya dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dari Januari hingga Mac tahun ini.
Pengarahnya, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dari jumlah itu JSJN berjaya merampas hampir dua tan dadah termasuk air daum ketum dan pelbagai jenis pil terlarang.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman hari ini.
Katanya untuk tempoh itu juga, sebanyak 45,977 tangkapan dilakukan diatas pelbagai kesalahan narkotik.
“Daripada jumlah ini, seramai 3,444 orang ditangkap berkaitan dengan kesalahan mengedar dadah dan daripada jumlah ini, seramai 717 orang ditahan di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata Noor Rashid.
Sementara itu, 18 bungkusan plastik dadah kokain seberat 3.01kg berjaya dirampas susulan penahanan dua lelaki warga Filipina di sebuah hotel di Jalan Pudu, malam semalam.
Menurut beliau, kesemua bungkusan plastik itu dijumpai di dalam sebuah beg pakaian dan disembunyikan di dalam gulungan kertas faks, kertas dinding dan buku.
“Suspek dipercayai baru tiba dari Colombia ke Rio de Janeiro melalui Dubai ke KLIA. Nilai rampasan dianggarkan lebih kurang RM900,000,” kata Noor Rashid.
Kedua-dua lelaki yang berumur diantara 32 hingga 42 tahun itu kini disiasat dibawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Sementara itu dalam satu pemantauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam, pihak JSJN telah menahan seorang lelaki warga Nigeria yang cuba menyeludup masuk dadah jenis syabu seberat 1.5kg ke dalam negara.
“Empat bungkusan plastik syabu itu dijumpai selepas hasil pemeriksaan ke atas sebuah beg pakaian yang dibawa oleh suspek yang telah diubahsuai di bahagian dalam sebelah kanan dan kiri beg tersebut,” Noor Rashid berkata.
Beliau menambah, lelaki tersebut tiba di ibu negara dengan pesawat penerbangan dari Abuja ke Kaherah dan seterusnya ke KLIA dengan alasan melancong.
“Kesemua mereka daripada kedua-dua tangkapan ini masih ditahan reman sehingga 14 April ini,”
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman hari ini.
Arfa Yunus
Mon Apr 08 2013
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.