MALAYSIA
Jual arak di sekolah: KPM serah kepada pihak berkuasa siasat - Fadhlina

Fadhlina berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau pelanggaran peraturan yang melibatkan institusi pendidikan. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat insiden penjualan arak di sebuah premis dalam kawasan sekolah seperti yang tular baru-baru ini.
Ringkasan AI
- KPM serah siasatan insiden lelong arak kepada pihak berkuasa: Menteri Pendidikan menegaskan tiada kompromi terhadap pelanggaran peraturan dan tindakan akan diambil selepas siasatan selesai.
- Pergaduhan tercetus semasa majlis lelongan di sekolah Pontian: Seramai 18 lelaki ditahan selepas berlaku kekecohan berkaitan harga arak dalam acara yang diadakan di dewan sekolah rendah.
- KPM akan pantau dan tegaskan semula peraturan sekolah: Siasatan masih berjalan dan KPM komited memastikan institusi pendidikan kekal mematuhi garis panduan sedia ada.
Beliau berkata siasatan juga masih dijalankan pihak berkuasa termasuk insiden pergaduhan semasa majlis lelongan itu diadakan dan KPM akan memantau perkembangan kes itu dari semasa ke semasa bagi memastikan ketetapan peraturan ditegaskan semula serta tindakan yang perlu.
Tular baru-baru ini, fasiliti sebuah sekolah rendah di Pontian, Johor digunakan bagi penganjuran jualan lelong arak sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat dan dilaporkan turut berlaku kes pergaduhan dalam majlis itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami