awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual vaksin COVID-19: Jangan percaya! - Ismail Sabri

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/03/2021
10:04 MYT
Jual vaksin COVID-19: Jangan percaya! - Ismail Sabri
Orang ramai dinasihati untuk tidak mempercayai sebarang tawaran penjualan vaksin COVID-19 termasuk secara dalam talian. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati untuk tidak mempercayai sebarang tawaran penjualan vaksin COVID-19 termasuk secara dalam talian.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan telah melakukan perancangan rapi dalam memastikan rakyat Malaysia dapat divaksin dengan selamat dan mengikut prosedur ditetapkan.
"Saya harap rakyat tidak mudah tertipu dengan pihak yang mendakwa mereka diberi peranan untuk memberi atau menjual vaksin kepada rakyat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB/PKPP/PKPD) - 04 Mac 2021
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19. KLIK di sini.
Jelasnya, segala urusan untuk menentukan siapa yang boleh divaksin akan dibuat oleh dua kementerian tersebut termasuk proses perolehan yang ditentukan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Pada Khamis, polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung penipuan vaksin COVID-19 yang melibatkan kerugian RM285,499.95.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, siasatan dijalan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kes masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#vaksin
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#MOSTI
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan