TAWAU: Ikhtiar 12 peniaga bundle rakyat Malaysia, mengadakan jualan amal bagi mengumpul dana membantu penghantaran pulang jenazah rakan mereka di Gwangju, Korea Selatan ke Tawau, Sabah berhasil mengutip RM50,000.
Dana itu bagi proses pengurusan jenazah Muhammad Khairul Anas Abdu Gapal, 31, berasal dari Kampung Titingan di sini yang meninggal dunia akibat sakit di Gwangju pada Jumaat lepas (26 Feb).
Jualan amal itu yang diusahakan oleh peniaga bundle rakyat Malaysia di Korea Selatan, bersiaran menerusi Facebook Live 'Saudagar jpkr' tengah malam semalam (1 Mac) selama 1 jam 40 minit dan mendapat tontonan lebih 8,000 pengguna Facebook.
Terselit 1,001 kesedihan di setiap wajah peniaga bundle berkenaan dengan kehilangan rakan mereka yang berkelana ke Korea Selatan sejak dua tahun lalu sebagai pekerja kontrak.
Seorang pembeli jualan amal berkenaan yang juga merupakan peniaga bundle popular di Tawau, Andika Nazri, 27, ketika dihubungi Bernama berkata beliau menghabiskan RM3,000 membeli beberapa helai baju sebagai tanda sokongan untuk aktiviti amal berkenaan.
"Saya turut berasa sedih, saya pun ada pengalaman berniaga bundle di Korea Selatan dan tahu membawa pulang jenazah dari sana ke Tawau ini memerlukan kos sangat tinggi," katanya yang mengusahakan Pali Pali Bundle di sini.
Menerusi jualan secara langsung di Facebook 'Saudagar jpkr', kumpulan penjual bundle terlibat termasuk Acai Bundle - Korea, Nuahh bundle, Bundle bundle Safril Kuns, Selipar ManonAjushi, Gwangju Bundle, GTO Bundle, Bundle Borneo 21 dan Gwangju Family R'B Store.
Kumpulan penjual itu mengumpulkan barang jualan dan koleksi peribadi untuk dijual kepada orang ramai menerusi jualan amal berkenaan di samping item termahal yang dijual, sebuah beg galas MCM berwarna merah bernilai RM5,000.
Sementara itu, abang kepada arwah, Hazlan Abdu Gapal, 35, menzahirkan rasa syukur dengan bantuan semua termasuk penjual serta pembeli barangan amal bundle itu, bagi memudahkan urusan penghantaran jenazah adiknya.
"Seorang peniaga bundle ini ada menghubungi saya bagi meminta izin untuk membuat jualan amal bagi mengumpul dana disasarkan sebanyak RM40,000 dan saya bersetuju dengan niat baik mereka kerana kos pengurusan jenazah sehingga ke Tawau boleh mencecah RM70,000.
"Saya cukup terharu dengan niat baik mereka, mereka ini hanya dikenali di Facebook sahaja, tiada ikatan keluarga langsung, hanya Allah dapat membalas jasa baik mereka, saya harap perjuangan baik mereka menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia lain untuk melakukan kebaikan," katanya lagi.
Hazlan berkata adiknya merupakan anak kelima daripada sembilan beradik dan seorang yang suka berahsia, hidup berdikari dan tidak suka menyusahkan keluarga.
"Kami sekeluarga pun belum tahu punca adik sakit cuma pada tiga minggu lalu adik beritahu ada muntah-muntah itu sahaja," katanya.
Menurutnya, adiknya itu mengambil keputusan bekerja di Korea kerana mahu mengumpul modal bagi membuka bengkel kereta di Tawau untuk keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Kumpulan peniaga bundle di Korea Selatan itu mengumpulkan barang jualan dan koleksi peribadi untuk dijual kepada orang ramai menerusi jualan amal berkenaan. - Facebook Jessie Ooi

SJKC Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup, enam pelajar positif COVID-19
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Puay Chai 2 di Bandar Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup sementara berkuatkuasa hari ini selepas enam pelajarnya disahkan positif COVID-19.

Vaksin COVID-19: Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai - Reezal Merican
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Joki Malaysia dan kejohanan utama di luar negara.

Politik | Tiada parti boleh bentuk kerajaan majoriti
Semua parti politik perlu sedar tiada sesiapa boleh membentuk kerajaan secara majoriti dan pentadbiran sendiri, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

SRC International: Hakim bagaikan 'terdorong' putus Najib bersalah - Peguam
Mahkamah Rayuan pada Selasa diberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaikan terdorong untuk memutuskan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersalah.

Wakaf | Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji
Bagi meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf, khususnya secara berkala melalui potongan gaji.

#YakiniVaksin: Kempen tangani mitos, salah faham vaksin COVID-19
Inisiatif itu dilaksanakan selepas rakyat sering dimomok oleh pelbagai mitos, teori konspirasi dan salah faham yang tersebar meluas tanpa tapisan terutama di media sosial.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti seperti sebelum ini.

AWANI Ringkas: Penjawat awam digalak berwakaf | Sebanyak 1,018,937 dos suntikan vaksin telah diberikan

Wanita tidak sedar diri hamil, sehinggalah melahirkan bayi dalam tandas
Seorang wanita hanya mengetahui dirinya hamil selepas dia melahirkan seorang bayi dalam tandas rumahnya.

KKM kaji kemungkinan wujud varian baharu di Sarawak - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kebarangkalian wujudnya varian baru COVID-19 di Sarawak.

Lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Semua pihak khususnya pemimpin, penyokong dan pemain politik diminta mengambil pendekatan untuk melakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan ini.

Kegunaan internet isi rumah meningkat 91.7 peratus pada tahun 2020 - Ketua Perangkawan
Penggunaan internet isi rumah menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 91.7 peratus pada tahun 2020 berbanding 90.1 peratus pada tahun 2019 susulan impak pandemik COVID-19.

PM Singapura harap dapat umum keputusan berkaitan isu tudung Ogos ini
Lee Hsien Loong mengakui beliau telah duduk berbincang secara jujur, terus terang dan penuh bersemangat dengan pemimpin Melayu/Islam Singapura.

Notis bankrap: Bagaimana saya mahu membayar peguam? - Najib
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut mengkritik kerajaan kerana cuba memufliskannya dengan undang-undang yang tidak boleh dicabarnya.

Pemergian Putera Philip: Muhyiddin zahir ucapan takziah
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah buat Ratu Elizabeth II, kerabat diraja Britain dan seluruh rakyat British atas pemergian Putera Philip.

Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram alami gangguan
Ribuan pengguna platform laman sosial Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram mengalami gangguan pada Khamis.

"Saya berjanji tidak akan biarkan Uncle Kanda tidur di kaki lima lagi" - Steven Sim
Steven Sim Chee Keong berkongsi bagaimana kisah sedih seorang gelandangan di kawasannya.

Najib dakwa akaun Facebooknya 'dikacau'
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, akaun Facebook miliknya telah 'dikacau' sejak pagi tadi.

E-Board tingkat keberkesanan perniagaan digital - Mas Ermieyati
E- Board Kohort 2 Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) merekodkan kecemerlangan dengan pencapaian 32.70 peratus purata peningkatan jualan.

Empat 'orang kaya baharu' Malaysia tersenarai Forbes ke-35
Senarai bilionair Forbes ke-35 menamakan 2,755 individu, termasuk 493 pendatang baharu.