KUALA LUMPUR: Trend jualan 'cedok-cedok' di platform TikTok yang kini menjadi ikutan peniaga dibimbangi berisiko menggalak dan meningkatkan kes penipuan dalam talian.
Menerusi trend itu, pelbagai barangan seperti gula-gula, kerongsang dan alat solek dijual secara siaran langsung di media sosial dengan peniaga mencedok barangan menggunakan senduk, bakul atau mangkuk serta dijual dengan harga sekitar RM5 hingga RM1,000 setiap cedok.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata walaupun trend itu tercetus hanya sebagai kandungan bagi mempromosi produk, kaedah jualan tersebut mempunyai unsur ketidakpastian serta keraguan dalam aspek paparan harga dan kuantiti.
"Dalam urusan membeli-belah, peletakan dan tawaran harga mestilah jelas. Menerusi trend ini, ada unsur seperti 'main tikam-tikam', dengan penipuan boleh berlaku.
"Ada unsur tidak jelas dari segi harga perlu dibayar dan kuantiti diperoleh iaitu kalau cedok sikit dapat sikit, kalau cedok banyak dapat banyak, sekali gus mendedahkan pengguna sama ada hasil cedok tersebut berbaloi dengan harga dibayar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Yusof berpandangan, walaupun jualan tidak melibatkan nilai besar, ia membuka ruang dan menjadi budaya kepada peniaga tidak bertanggungjawab memanipulasi trend tersebut bagi mengaut keuntungan.
Justeru, Fomca menyeru pihak berkuasa terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau platform perniagaan dalam talian lebih teliti bagi melindungi pengguna.
Sementara itu, pakar syariah dan muamalat Dr Ahmad Sufian Che Abdullah berkata struktur jual beli tersebut mempunyai unsur 'gharar' atau tidak jelas yang diharamkan Nabi Muhammad SAW dan dikhuatiri membawa kepada 'gharar' tertinggi iaitu perjudian.
"Ada hadis menyebut bentuk jual beli dilarang oleh Nabi antaranya 'gharar' iaitu jual beli yang tidak diketahui atau pasti apa kita akan dapat.
"Dalam hadis lain, Nabi melarang Mulamasah iaitu jual beli dalam bentuk permainan pada zaman jahiliah, iaitu pembeli hanya menyentuh baju tanpa dibenarkan mengetahui warna dan saiz," jelasnya yang juga Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Ahmad Sufian berkata walaupun terdapat persetujuan antara pembeli dan penjual tetapi ia dilarang kerana struktur jualan berbentuk tidak pasti telah wujud pada zaman jahiliah yang melanggar prinsip syarak.
Beliau berpandangan, sekiranya masih mahu meneruskan trend tersebut, peniaga sekurang-kurangnya perlu memberi kepastian kepada pengguna mengenai jumlah minimum barangan akan diperoleh ketika pembelian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Walaupun jualan tidak melibatkan nilai besar, ia membuka ruang dan menjadi budaya kepada peniaga tidak bertanggungjawab memanipulasi trend tersebut bagi mengaut keuntungan. - Gambar hiasan
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Jualan 'cedok-cedok' tingkatkan risiko penipuan dalam talian
Kaedah jualan tersebut mempunyai unsur ketidakpastian serta keraguan dalam aspek paparan harga dan kuantiti.