awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan kenderaan meningkat 13 peratus kepada 71,745 unit pada Ogos - MAA

Bernama
Bernama
15/09/2023
23:00 MYT
Jualan kenderaan meningkat 13 peratus kepada 71,745 unit pada Ogos - MAA
Menurut Persatuan Automotif Malaysia, jualan kenderaan bagi September dijangka mencecah paras yang sama dicatatkan Ogos. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi sektor automotif untuk kenderaan penumpang dan komersial meningkat 13 peratus kepada 71,745 unit pada Ogos 2023 daripada 63,676 unit yang dicatatkan pada Julai lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Dalam kenyataan pada Jumaat, MAA menjelaskan pertumbuhan kukuh itu menandakan jualan bulanan kedua tertinggi bagi 2023 selepas TIV Mac yang merekodkan 78,849 unit.
"Pertumbuhan positif yang dicatatkan ini disumbangkan oleh prestasi keseluruhan yang lebih baik, rantaian bekalan yang bertambah baik serta kempen promosi sempena Hari Kebangsaan oleh beberapa syarikat kereta," tambahnya.
Bagi lapan bulan pertama tahun ini, jualan melonjak kepada 501,552 unit berbanding 449,289 unit bagi tempoh sama tahun lepas.
Jualan kenderaan bagi September dijangka mencecah paras yang sama dicatatkan Ogos, menurut MAA.
Persatuan itu memaklumkan jumlah pengeluaran industri pada Ogos adalah 67,912 unit berbanding 66,862 unit pada Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAA
#jualan melonjak
#prestasi keseluruhan
#syarikat kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan