awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Erdogan desak usaha damai di Gaza, Ukraine seperti perjanjian Iran-Israel
MALAYSIA
Umat Islam perlu bermuhasabah, perbaharui tekad sempena Maal Hijrah - Sultan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Jualan MADANI Koperasi Usahawan catat nilai jualan hampir RM10 juta - Ewon

Bernama
Bernama
26/06/2025
13:00 MYT
Sponsor Banner
Jualan MADANI Koperasi Usahawan catat nilai jualan hampir RM10 juta - Ewon
Ewon menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Inisiatif Belanjawan 2025 kendalian SME Bank di WTCKL. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Lebih 150 siri program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) yang diadakan di 128 lokasi di seluruh negara berjaya merekodkan nilai jualan hampir RM10 juta sejak ia diadakan bermula 2022.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata program melibatkan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu sejajar dengan aspirasi Kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat.
"Dalam tempoh yang sama, Program Pembangunan Kapasiti dan Keupayaan Vendor (PPKV) pula berjaya mencatatkan hasil jualan keseluruhan RM1.23 bilion dengan melibatkan 108 vendor.
"Sepanjang tahun lepas sahaja, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya melaksanakan 204 program yang memberi manfaat kepada hampir 800,000 usahawan, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), koperasi, perusahaan sosial, penjaja dan peniaga kecil serta usahawan informal," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Peluncuran Inisiatif Belanjawan 2025 Kendalian SME Bank yang turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata KUSKOP juga berjaya menaik taraf dan membina baharu sebanyak 98 premis Tamu Desa di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan RM19 juta pada tahun lepas dan awal tahun ini.
Beliau berkata kementerian itu yang diberi amanah untuk membangunkan sektor keusahawanan dan koperasi negara, akan terus kekal komited untuk terus memacu agenda pemerkasaan usahawan sejajar dengan aspirasi Kerangka Ekonomi MADANI dan Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030.
Sementara itu, menyentuh Inisiatif Belanjawan 2025 Kendalian SME Bank, beliau berkata inisiatif berkenaan membuktikan kepentingan peranan institusi kewangan pembangunan seperti SME Bank dalam menyokong agenda Kerajaan MADANI untuk memperkukuh daya saing dan kemampanan usahawan tempatan.
Peluncuran berkenaan juga mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan setiap sen yang diperuntukkan melalui Belanjawan 2025 memberi pulangan dan impak langsung kepada rakyat, termasuk golongan usahawan.
"Melalui inisiatif ini, saya yakin lebih banyak PMKS akan berpeluang meningkatkan kapasiti perniagaan mereka, memasuki pasaran baharu dan menyesuaikan diri dengan keperluan semasa termasuk aspek digital, hijau dan eksport," katanya.
Beliau berkata peranan PMKS amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara kerana ia mewakili hampir 97 peratus daripada keseluruhan perniagaan di Malaysia.
Terdahulu, SME Bank mengumumkan peluncuran inisiatif strategik bernilai RM211 juta yang memperkukuh komitmennya dalam menyokong Kerangka Ekonomi MADANI selaras dengan mandat SME Bank di bawah Belanjawan Negara 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#Suruhanjaya Koperasi Malaysia
#pertumbuhan ekonomi
#PMKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami