KOTA BHARU: Program Jualan Rahmah yang diadakan sepanjang bulan ini, memberi peluang kepada rakyat membeli barangan asas pada harga subsidi, sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadan.
Rata-rata pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.
Seorang pengunjung Aizan Mohamad, 51, berkata beliau mengambil kesempatan berbelanja di gerai Jualan Rahmah hari ini, bagi membeli barangan keperluan asas persediaan menyambut bulan puasa.
"Harga yang ditawarkan di program ini sangat berbaloi dan tidak akan diperolehi di tempat lain. Hari ini saya berbelanja lebih sikit untuk membeli barangan dapur, bagi stok bulan puasa.
"Gerai yang disediakan kali ini juga lebih banyak melalui penglibatan banyak agensi lain, memberi lebih banyak pilihan barangan kepada pembeli," katanya kepada Bernama di Karnival Mini Madani yang diadakan di perkarangan Flat Buluh Kubu, di sini semalam.
Karnival Mini Madani itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.
Seorang warga emas, Che Sanah Mustapa, 74, berkata langkah kerajaan menyediakan program jualan itu membantu meringankan golongan sepertinya menguruskan perbelanjaan.
"Seperti mana kita tahu, tidak lama lagi kita akan berpuasa dan keperluan barangan dapur biasanya meningkat sekali ganda. Jualan Rahmah ini bukan hanya memudahkan saya membuat persediaan, malah ia juga lebih menjimatkan.
"Misalnya bawang merah boleh dibeli pada harga RM6.50 sekilogram berbanding RM10 di tempat lain. Saya mengambil peluang membeli stok barangan kering yang boleh disimpan untuk kegunaan bulan puasa nanti," katanya yang tinggal bersama tiga anak dan tiga cucunya di Kampung Salor di sini.
Dalam pada itu Dr Hafidzah berkata kerjasama yang diadakan dengan beberapa agensi lain termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam menjaya program itu, memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli.
Beliau berkata kerjasama tersebut juga mewujudkan kebersamaan dan komitmen semua agensi kerajaan, dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Dr Hafidzah hadir bagi merasmikan Karnival Mini Madani di perkarangan Flat Buluh Kubu, Kota Bharu, semalam. - Foto Facebook Dr Hafidzah Mustakim
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Beri kelonggaran aktiviti jualan kepada pasaraya terpilih - BRO
Ameer Ali berkata, ini bagi memberi peluang kepada masyarakat membuat persediaan dan mendapatkan barangan tertentu.