Program Jualan Sentuhan Rakyat yang mendapat sambutan memberangsangkan sepanjang tempoh perlaksanaannya bakal diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaan program yang diinspirasikan kerajaan di kedua-dua negeri akan memberikan peluang yang sama-rata bagi rakyat meringankan kos sara hidup dengan membeli barangan keperluan yang lebih murah berbanding biasa.
Beliau yang juga merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menambah, pengembangan program jualan itu juga menunjukkan tahap keprihatinan kerajaan dengan harga pasaran barangan asas yang semakin meningkat.
"Mana nak dapat beli ayam seekor dengan harga RM5, daging RM10, telur sepapan dengan harga hanya RM5 sahaja? Semua ini dapat dibeli melalui program ini sahaja.
"Justeru, kita akan memperluaskannya ke Sabah dan Sarawak dengan harapan melalui penganjuran program ini, barangan dijual dengan harga yang lebih rendah sebanyak 50 hingga 70 peratus daripada harga pasaran," katanya.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian selepas melakukan tinjauan program berkenaan di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di Rungkup di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausahanya Datuk Seri Jamil Salleh.
Sementara itu, Hamzah berkata harga barangan yang dijual pada program itu merupakan yang termurah setakat ini.
Lebih kurang 3,000 pengunjung membanjiri perkarangan Pejabat Tanah dan Daerah Bagan Datuk demi mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti daging lembu, beras dan sebagainya.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Mar 11 2018
Ahmad Zahid melayani para pelanggan yang sedang membeli daging segar pada Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Bagan Datuk hari ini. - BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Alatan untuk kerja pembersihan jadi keperluan mangsa banjir
Berpuluh kenderaan yang dipenuhi barangan bagi tujuan misi bantuan sudah mula memasuki daerah Hulu Langat.
COVID-19: Ini persiapan 19 barang untuk keperluan sepanjang berada di hospital
Pesakit tidak dapat meminta waris datang ke hospital untuk membawa barangan keperluan dengan mudah.
Peniaga naikkan harga jualan, tak patuh undang-undang boleh didakwa - Nanta
Situasi harga barangan keperluan pengguna yang tidak terkawal, termasuk minyak masak botol di pasaran, menjadi penyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat.
Program pengedaran barangan perlu, LPG diperluas ke 137 kawasan baharu
Pertambahan peruntukan kepada RM200 juta untuk program itu tahun ini berbanding RM150 juta pada 2020 membolehkan kementerian memperluas pelaksanaannya ke kawasan baharu yang memerlukan.
Barangan keperluan Aidilfitri mencukupi - KPDNHEP
Pengguna di seluruh negara diminta jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai khabar angin.
PKP: Jangan bawa anak keluar beli juadah buka puasa - Polis
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata pihaknya mengesan ada penjaga yang melakukan perkara demikian di sepanjang bulan Ramadan ini.
Pulau bebas cukai: KPDNHEP pantau harga barangan, perkhidmatan di Pangkor
Pemantauan telah dimulakan sejak awal Disember lalu dan akan diteruskan pada Januari tahun hadapan.
Mekanisma kekal harga barang keperluan akan diperkenal
Ia akan memastikan bekalan adalah mencukupi dan harga barangan adalah mampu milik di kalangan rakyat dan mewujudkan persaingan dalam barang keperluan.
Jualan Sentuhan Rakyat akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak
Ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk meringankan kos sara hidup mereka dengan membeli barangan keperluan yang lebih murah berbanding biasa.
Ismail Sabri: Usah buat pembelian panik, barang keperluan mencukupi
Menjelang dua minggu sambutan Aidilfitri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yakin barang keperluan makanan adalah mencukupi.