Penjualan tiket bagi perkhidmatan KTM Intercity dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang dibuka sehingga 10 Ok, akan dilanjutkan sehingga 14 Nov ini, menggunakan jadual sedia ada.
Menurut KTMB dalam satu kenyataan hari ini, penjualan tiket itu dilanjutkan berikutan kerja projek menaik taraf infrastuktur dan sistem Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) masih dalam fasa pelaksanaan.
"Tiket perjalanan bagi 1 hingga 14 Nov akan mula dijual pada 30 Ogos, bermula 8.30 pagi, manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral - Woodlands - JB Sentral), kekal seperti biasa iaitu dalam tempoh 30 hari sahaja," katanya.
Jumlah perjalanan kedua-dua perkhidmatan tren itu turut dikekalkan, iaitu sebanyak 49 perjalanan sehari bagi KTM Intercity dan 36 perjalanan sehari bagi ETS.
KTMB turut menyarankan agar penumpang perkhidmatan tren membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang menyambut perayaan Deepavali dan yang akan pulang ke kampung.
Maklumat lanjut dan jadual perkhidmatan KTM Intercity dan ETS boleh dirujuk di laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau hubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 02 2018
KTMB menyarankan penumpang perkhidmatan tren membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang menyambut Deepavali dan akan pulang ke kampung. Gambar hiasan
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
Pelancongan China dijangka meningkat
Sektor pelancongan China dijangka menyaksikan lonjakan berikutan perkembangan pasaran yang dibawa oleh Festival Qingming awal bulan ini.
Pelabur asing akhiri jualan lapan minggu, aliran masuk RM292 juta
Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti domestik minggu lalu dengan nilai pembelian bersih berjumlah RM292.2 juta, menurut penyelidikan MIDF Research.
Sarawak komited jalin kerjasama denga Sweden
Lawatan kerja itu sebagai membalas jemputan oleh Menteri Perbadanan Pembangunan Antarabangsa Sweden Johan Forssel semasa pertemuan mereka tahun lepas.
Akaun fleksibel penuhi keperluan kecemasan M40, B40
Pengeluaran dijangka sederhana berikutan KWSP pada 2021 menganggarkan bahawa 60 peratus ahlinya telah kehabisan baki Akaun 2, kini dinamakan sebagai Akaun Sejahtera berikutan kemudahan pengeluaran yang disediakan ketika pandemik.
Kuota generasi solar komersial, industri capai 80 peratus
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor bagi sektor kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta di negara ini.
Krisis iklim, kanak-kanak paling terjejas - UNICEF
Salah satu syarat pemberian status CFCI ialah penyertaan kanak-kanak yang bermakna dan inklusif, di mana suara kanak-kanak dan remaja boleh didengari dalam keputusan majlis bandar raya, termasuk dalam aspek membina bandar berdaya tahan.
Sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor ukir senyuman buat anak yatim
Sekumpulan kanak-kanak kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Swani Sivananda Kuala Kubu Bharu diraikan dalam suasana ceria bersempena dengan sambutan Deepavali MADANI Hulu Selangor 2023, pada Sabtu.
Kerajaan tanggung RM30 juta tol percuma semasa Deepavali
Pada tahun 2022, kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol.
Padah main mercun, lelaki didenda RM8,000
Tindakan lelaki bermain mercun di atas jalan raya di Kuala Sawah, Rantau, Jumaat lalu sehingga tular di Facebook membawa padah apabila dia didenda RM8,000.
KSM sentiasa ambil perhatian aduan berkaitan penganiayaan pekerja domestik asing
Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa mengambil perhatian terhadap laporan aduan pengurusan berkaitan pekerja domestik asing.
Hari Deepavali disambut meriah di seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut meriah di seluruh negara hari ini.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Tol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go, lakukan transaksi untuk rekod perjalanan
Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata namun begitu tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan.
Deepavali satu jalan membangun Malaysia yang madani - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya Ahad ini.
Deepavali: Peningkatan 73 peratus kenderaan di Lebuhraya KL-Karak
Sebanyak 692,000 kenderaan menggunakan lebuh raya KLK bagi tempoh empat hari bermula hari ini.
Kerajaan beri cuti tanpa rekod Deepavali kepada penjawat awam Hindu di Sarawak
Kerajaan bersetuju memberi cuti tanpa rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak berkuat kuasa semalam.