MELAKA: Jualan tiket masuk ke Zoo Melaka mencatatkan kutipan lebih RM800,000 dengan kira-kira 10,000 pengunjung dalam tempoh 16 hari selepas ikon pelancongan negeri itu kembali beroperasi bermula 1 Okt lepas.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata, kedatangan pengunjung ke zoo tersebut mencecah lebih 1,000 orang sehari, dengan jumlah tertinggi direkodkan semalam iaitu 3,500 orang.
"Kita dapat lihat peningkatan jumlah pengunjung ke Zoo Melaka setiap hari bermula 1 Okt lepas hingga semalam dengan kebanyakan datang dari luar Melaka seperti Johor dan Kuala Lumpur.
"Kita jangka jumlah pengunjung akan terus meningkat terutama pada hujung minggu, kerana Night Safari telah dibuka semula setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad," katanya kepada pemberita selepas Op Gerak Gempur Pembersihan Bersama MPHTJ di Ayer Keroh, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak pengurusan Zoo Melaka mengawal ketat kemasukan pengunjung, dengan hanya 800 orang dibenarkan berada di dalam zoo pada satu-satu masa bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mengekang penularan COVID-19.
Dalam perkembangan lain, Shadan berkata, produk pelancongan baharu iaitu 'Lepak Station' berkonsepkan pasar malam seperti Jonker Walk, akan dibuka di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini pada hujung tahun ini.
Beliau berkata, pasar malam yang mampu menampung lebih 500 pengunjung pada satu-satu masa itu, bakal menempatkan kira-kira 100 peniaga kecil yang menjual pelbagai produk makanan, pakaian dan kraf tangan.
- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Jualan tiket masuk ke Zoo Melaka mencatatkan kutipan lebih RM800,000 dengan kira-kira 10,000 pengunjung dalam tempoh 16 hari selepas ikon pelancongan negeri itu kembali beroperasi bermula 1 Okt lepas. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Taman safari berkonsep terbuka terbesar di Malaysia akan dibina di Melaka
Sebuah taman safari berkonsep terbuka yang terbesar di Malaysia dengan kapasiti anggaran seluas 20.2 hektar akan diwujudkan di negeri ini.
Zirafah dari Afrika tarikan baharu Zoo Melaka
Zirafah betina bernilai lebih RM200,000 itu dibawa masuk menerusi inisiatif menaik taraf Zoo Melaka.
Pengunjung Zoo Melaka cedera dihempap pokok tumbang
Seorang lelaki yang berusia 43 tahun patah kaki, manakala isteri dan anak lelakinya mengalami kecederaan ringan.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Jualan tiket masuk Zoo Melaka catat kutipan lebih RM800,000
Kedatangan pengunjung ke zoo tersebut mencecah lebih 1,000 orang sehari, dengan jumlah tertinggi direkodkan semalam iaitu 3,500 orang.
Terjejas COVID-19: Zoo Melaka perlu RM600,000 sebulan tampung kos operasi
Sebanyak RM250,000 diperlukan untuk membeli makanan bagi 550 haiwan daripada 250 spesies yang ditempatkan di Zoo Melaka.
Langgar SOP, kerajaan boleh tarik kelonggaran - Ismail Sabri
Kerajaan boleh menarik balik kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan pada ketika ini sekiranya orang ramai terus melakukan pelanggaran.
Taja haiwan Zoo Melaka menerusi program Zoobilation
Nilai tajaan untuk setiap haiwan berkenaan ialah minimum RM20,000 sehingga RM2 juta bagi gajah Asia.
Nilai semula Monorel Melaka
Setakat ini perkhidmatan monorel pelancongan itu masih diteruskan bagaimanapun kajian menyeluruh pelaksanaan setiap produk memerlukan penilaian semula.
Perhilitan nafi cuba tutup isu 'haiwan hilang' di Zoo Melaka
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) didakwa cuba menutup isu 'haiwan hilang' di Zoo Melaka.