awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juara dunia Sri Dasmesh setanding pancaragam Eropah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
19/08/2019
22:49 MYT
Juara dunia Sri Dasmesh setanding pancaragam Eropah
Sri Dasmesh muncul satu-satunya wakil Asia yang berjaya menempa kemenangan, dengan membawa pulang tiga trofi utama.
Kumpulan pancaragam Sri Dasmesh Pipe Band yang baru-baru ini muncul juara Kejohanan Pipe Band Dunia di Scotland, menyifatkan kejayaan besar yang diperoleh mereka hari ini sebagai hadiah terhadap pengorbanan dan usaha yang dilakukan selama empat tahun.
Tewas pada kejohanan edisi 2015, mereka pantas memperbaiki kelemahan yang ada dan berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu yang sewajarnya.
"Kami belajar balik semuanya dari bawah, kami dorong semua anggota, mereka semua masih muda. Kami latih semuanya tentang teori muzik, dari situ kami bina kumpulan.
"Kami ada tutor yang datang dari Australia, yang kami terpaksa bayar dan ia satu situasi kewangan yang sukar bagi kami. Anggota kumpulan serta ibu bapa mereka juga banyak berkorban," kata drum sergeant, Tripert Singh Khalsa.
Kemenangan itu juga merupakan satu bentuk sumbangan dan hadiah kepada negara sempena Hari Kemerdekaan yang ke 62, yang akan disambut hujung bulan ini.
"Jangan tanya apa yang negara boleh buat untuk anda, tetapi apa yang anda boleh buat untuk negara. Sri Dasmesh sudah melaksanakan tanggungjawab kami, kami sudah bawa balik trofi dan meletak Malaysia dalam peta Eropah.
"Semua orang di Scotland terkejut, kami berjaya menewaskan kumpulan di sana, dan menang trofi," ujar Tripert.
Mereka ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Isnin.
Dalam masa yang sama, kumpulan ini juga berharap kemenangan ini akan membuka mata banyak pihak untuk membantu mereka merencana perancangan dengan lebih teratur selepas ini, sekaligus membawa nama negara ke pentas dunia.
Dalam kejohanan itu, Sri Dasmesh muncul satu-satunya wakil Asia yang berjaya menempa kemenangan, dengan membawa pulang tiga trofi utama, iaitu perarakan terbaik, drum corp terbaik dan band terbaik keseluruhan.
Topic Berkaitan
#Asia
#Kejohanan Pipe Band Dunia
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Scotland
#Sri Dasmesh Pipe Band
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan