KUALA LUMPUR: Mampu mengaut keuntungan mencecah antara RM2,000 hingga RM5,000 sehari, itulah kegiatan 10 individu yang disyaki terlibat sindiket perjudian dalam talian.
Selain mempromosi dan menawarkan kegiatan berkenaan, sindiket berkenaan dikesan aktif beroperasi sejak lapan bulan lepas di dua buah kondominium, di Subang Jaya, di sini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata dalam operasi petang semalam, pihaknya menahan lapan lelaki dan dua wanita warga tempatan, berusia lingkungan 18 hingga 33 tahun di kedua-dua premis itu.
Beliau berkata, sindiket berkenaan beroperasi selama 24 jam dan mereka dibayar sekitar RM1,500 dan RM3,000 sebulan, bagi menjalankan kegiatan haram itu.
“Kami telah merampas tiga set komputer, empat buah komputer riba, 20 unit telefon bimbit, dua buah modem, satu unit router, empat keping kad BigPay dan satu pemacu pena di kedua-dua premis berkenaan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(a), 41(g) dan 41(c) Akta Judi Terbuka 1953 kerana disyaki terlibat dalam penganjuran judi dalam talian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Abd Khalid berkata, permohonan reman terhadap kesemua suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021

Sindiket berkenaan beroperasi selama 24 jam dan mereka dibayar sekitar RM1,500 dan RM3,000 sebulan, bagi menjalankan kegiatan haram itu. --fotoBERNAMA

Video tular: Polis minta pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
11 individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam sebelum hanyut ke perairan Filipina, sejak tiga hari lalu.

PM Anwar bertemu Premier Li Qiang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Li Qiang.

Malaysia hos edisi sulung Kongres Hoki Dalam Air Dunia Oktober ini
Ia melibatkan tiga kategori bagi acara 4v4 iaitu lelaki elit, wanita elit dan remaja (bercampuran).

Johan Jaaffar kesal Fahmi Fadzil bidas laporan BH
Dakwaan dibuat oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.

Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Bekas Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash diterima sebagai peguam
Bekas Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid pada Jumaat diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.

Enam ditahan bersama syabu bernilai RM6.1 juta
Enam ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditahan bersama dadah jenis syabu seberat lebih 183 kilogram (kg) bernilai RM6.1 juta.

Pelajar kolej swasta antara ditahan jual 'brownies ganja'
Punca bekalan masih dalam siasatan dan saringan air kencing mendapati suspek dalam kes pertama bebas daripada sebarang jenis dadah.

Kes bunuh pekerja ladang: Dua suspek ditangkap di sempadan Indonesia
Polis Sarawak turut rampas sebatang senjata yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa.

Lelaki hilang dua hari ketika berjoging dakwa pengsan diketuk di kepala
Siasatan awal polis mendapati lelaki tersebut keluar berjoging di satu kawasan perumahan di Anjung Bercham Indah.

Tiada had bagi permohonan dapatkan permit jualan mercun - Polis Kelantan
Setiap permohonan, yang dibuat untuk mendapatkan kelulusan permit mestilah berdasarkan tempat simpanan dan berapa jumlah dipohon.

Polis buru lelaki dipercayai pukul, bakar anjing hidup-hidup
Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu yang didakwa berlaku di sebuah klinik haiwan di Taman Impian Emas, Skudai.

Satu nyawa tetap berharga, KDN, PDRM beri tumpuan isu bunuh diri anggota polis
KDN dan PDRM tidak akan sesekali alpa kerana walau satu nyawa sekali pun, ia adalah berharga.

Tekanan, kesihatan, persekitaran faktor utama gangguan mental kepada anggota polis
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji dari semasa ke semasa modul latihan kepada anggota.

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai
Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, mengemukakan permohonan cerai berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.