KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket perjudian dalam talian dengan menahan 17 individu di sebuah premis di Jalan Kerinchi, Bangsar, di sini, semalam.
Kesemua mereka yang ditahan dalam operasi pada 11 malam tadi terdiri daripada 14 lelaki rakyat China dan tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata operasi ini dijalankan berdasarkan aduan orang awam dan risikan yang dibuat selama sebulan.
Beliau berkata pihaknya terpaksa memecahkan pintu masuk premis itu, selepas penghuni premis enggan memberikan kerjasama membuka pintu masuk.
"Kami terpaksa pecahkan pintu masuk dan mendapati 14 warga China sedang menjalankan aktiviti judi dalam talian dengan menyasarkan pelanggan dari Brazil," katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.
Ruslin berkata kesemua suspek warga China itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan dan perjalanan diri yang sah, dipercayai masih dipegang pihak sindiket.
Manakala, kesemua tiga lelaki tempatan itu pula yang disyaki bekerja sebagai penjaga premis kepada sindiket itu ditahan bagi membantu siasatan, dan turut diberikan saman, menurutnya.
Beliau berkata pihaknya turut merampas antaranya 16 unit komputer riba, 10 unit skrin komputer, 45 unit telefon bimbit dan dua unit tablet dengan salah satu tablet dipercayai dijadikan sebagai dekoder kamera litar tertutup, beberapa peralatan ICT serta bil utiliti premis.
"Kesemua pendatang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan dibawa ke Jabatan Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata imigresen tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 khususnya kepada rakyat tempatan yang cuba bersekongkol melindungi pendatang di dalam negara ini.
"Saya juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keberadaan pendatang di sekitar ibu kota menyalurkan perincian mengenai perkara ini kepada imigresen dengan kadar segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata operasi ini dijalankan berdasarkan aduan orang awam dan risikan yang dibuat selama sebulan. - Gambar fail/BERNAMA
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Polis buru lelaki edar kad judi dalam talian, pinjaman wang tanpa lesen di bazar Ramadan
Kegiatan tersebut tular menerusi rakaman yang dibuat di media sosial oleh salah seorang peniaga di bazar tersebut.
61 individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan urus rumah judi
Seramai 61 individu dituduh membantu menguruskan sebuah premis di pusat beli-belah di Subang Jaya sebagai rumah judi terbuka.
Enam mengaku tidak bersalah promosi judi dalam talian
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pusat panggilan judi dalam talian dibongkar, polis tahan empat warga Nepal
Polis Pulau Pinang membongkar kegiatan judi dalam talian di sebuah pusat panggilan yang mengaut keuntungan RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.
Judi dalam talian: 14 rakyat China, tiga lelaki tempatan ditahan - KP Imigresen
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket perjudian dalam talian dengan menahan 17 individu di sebuah premis di Jalan Kerinchi, Bangsar, di sini, semalam.
Sindiket judi jana pendapatan RM3 juta sebulan didalangi warga China tumpas
14 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan itu, dengan sembilan daripada lelaki berkenaan adalah rakyat China, termasuk ketua sindiket.
Indonesia sekat akses ke lebih 800,000 item kandungan perjudian dalam talian
Pencapaian itu adalah hasil tindakan menyekat kandungan perjudian dalam talian yang telah dijalankan Kominfo sejak lima tahun lalu.
Op Dadu Khas: 1,871 individu ditahan seluruh negara
Seramai 1,871 individu ditahan dalam Op Dadu Khas bertujuan membanteras judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen yang dijalankan di seluruh negara pada 22 Sept hingga 5 Okt lepas.
Raih RM13 juta, sindiket judi dalam talian tumpas, tujuh ditahan
Serbuan yang dilakukan pada 1 tengah hari oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.
153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.