PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera menolak persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh bekas pengendali rumah judi Roseaini Johor, 49, dan pesara polis Rashid Mahmud, 62.
Persoalan itu ialah sama ada suatu premis perjudian komputer secara dalam talian tanpa sebarang perkakasan fizikal tergolong di dalam takrifan 'rumah perjudian terbuka' di bawah Seksyen 2(d) akta berkenaan.
Vazeer Alam, yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah, dalam keputusan sebulat suara berkata Mahkamah Rayuan bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi Melaka bahawa tiada keperluan dalam undang-undang untuk perkakasan (mesin perjudian) itu wujud secara fizikal di premis judi.
"Kami berpendapat bahawa perkakasan yang disebut dalam Jadual Pertama (Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953) adalah memadai sekiranya ia wujud secara perisian komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian.
"Dalam pada itu, kami bersetuju dengan rumusan dan dapatan hakim Mahkamah Tinggi dan beliau telah menghuraikan secara terperinci definisi rumah perjudian terbuka serta mesin perjudian dan hakim itu telah membuat kesimpulan bahawa tiada keperluan dalam undang-undang untuk perkakasan itu wujud secara fizikal dalam premis," katanya.
Sehubungan itu, panel berkenaan menolak rayuan Roseaini dan Rashid untuk mengetepikan sabitan serta hukuman terhadap mereka.
Pada 2020, Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM10,000 selepas mendapati Roseaini bersalah menguruskan permainan judi dalam talian menggunakan dua set komputer kawalan utama dan 26 komputer riba di sebuah rumah di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka pada 11 Dis 2017 mengikut Seksyan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Rashid pula dihukum penjara sebulan dan didenda RM3,000 selepas didapati bersalah bermain judi atas talian menggunakan komputer riba pada tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 6(1) akta sama.
Mahkamah Tinggi Melaka mengekalkan hukuman penjara lima bulan terhadap Roseaini namun mengurangkan denda kepada RM5,000 manakala hukuman penjara terhadap Rashid diketepikan dan jumlah denda dinaikkan kepada RM5,000.
Terdahulu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili kedua-dua perayu berhujah bahawa perjudian dalam talian melanggar undang-undang jika terdapat roda rolet, bola rolet dan papan pertaruhan rolet seperti di bawah Jadual Kedua akta berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah pula berhujah bahawa apa sahaja kaedah perjudian sama ada dalam talian mahupun secara perkakasan fizikal adalah termasuk dalam kesalahan perjudian di bawah Akta 289.
"Apatah lagi dalam kes ini, komputer dan komputer riba adalah terjumlah kepada 'mesin perjudian.'
"Walaupun teknologi semakin berkembang, Akta 289 adalah terpakai kepada apa sahaja bentuk perkakasan yang lebih canggih dan selaras dengan kemajuan teknologi.
"Kesimpulannya, premis perjudian komputer secara dalam talian tanpa sebarang perkakasan fizikal termasuk definisi dalam takrifan 'rumah perjudian terbuka' di bawah Seksyen 2(d) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Perkakasan yang disebut dalam Jadual Pertama (Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953) adalah memadai sekiranya ia wujud secara perisian komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian. - Gambar hiasan
MASA gesa KPM tangani masalah kemiskinan digital
Dasar Pendidikan Digital hanya dapat mencapai matlamat dengan infrastruktur yang betul dan menangani isu berkaitan kemiskinan digital.
Hamas keluarkan serangan video ke atas rejim zionis
Kumpulan pejuang Hamas mengeluarkan video pada Selasa, menunjukkan serangan dilakukan ke atas kereta kebal Israel berhampiran Rafah.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Sifat 'emosi' wanita perlu dilihat sebagai satu kelebihan
Wanita seringkali dikaitkan dengan kecenderungan untuk mementingkan emosi ketika memimpin.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung
Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.
Hari Belia Negara: Fokus 10 Gaya Hidup Rakan Muda, 60 buah pengisian
Program semarak Hari Belia Negara (HBN) anjuran Kementerian Belia dan Sukan 2024 buka tirai sambutan Hari Belia Negara pada Rabu.
Berlangsung di Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, HBN merupakan pengiktirafan dan penghargaan khusus yang diberikan Kerajaan kepada belia Malaysia.
Berlangsung di Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, HBN merupakan pengiktirafan dan penghargaan khusus yang diberikan Kerajaan kepada belia Malaysia.
Beri ruang kepada Faisal - Adam Adli
Beri ruang kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim agar dapat menjalani tempoh pemulihan dengan tenang.
Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
[TERKINI] Atlet kayak Siti Nurul Masyitah kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk
Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, terlibat dalam kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, di Johor Bahru.
[TERKINI] Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi tadi di kediaman rasminya.
Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.