PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera menolak persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh bekas pengendali rumah judi Roseaini Johor, 49, dan pesara polis Rashid Mahmud, 62.
Persoalan itu ialah sama ada suatu premis perjudian komputer secara dalam talian tanpa sebarang perkakasan fizikal tergolong di dalam takrifan 'rumah perjudian terbuka' di bawah Seksyen 2(d) akta berkenaan.
Vazeer Alam, yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah, dalam keputusan sebulat suara berkata Mahkamah Rayuan bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi Melaka bahawa tiada keperluan dalam undang-undang untuk perkakasan (mesin perjudian) itu wujud secara fizikal di premis judi.
"Kami berpendapat bahawa perkakasan yang disebut dalam Jadual Pertama (Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953) adalah memadai sekiranya ia wujud secara perisian komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian.
"Dalam pada itu, kami bersetuju dengan rumusan dan dapatan hakim Mahkamah Tinggi dan beliau telah menghuraikan secara terperinci definisi rumah perjudian terbuka serta mesin perjudian dan hakim itu telah membuat kesimpulan bahawa tiada keperluan dalam undang-undang untuk perkakasan itu wujud secara fizikal dalam premis," katanya.
Sehubungan itu, panel berkenaan menolak rayuan Roseaini dan Rashid untuk mengetepikan sabitan serta hukuman terhadap mereka.
Pada 2020, Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM10,000 selepas mendapati Roseaini bersalah menguruskan permainan judi dalam talian menggunakan dua set komputer kawalan utama dan 26 komputer riba di sebuah rumah di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka pada 11 Dis 2017 mengikut Seksyan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Rashid pula dihukum penjara sebulan dan didenda RM3,000 selepas didapati bersalah bermain judi atas talian menggunakan komputer riba pada tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 6(1) akta sama.
Mahkamah Tinggi Melaka mengekalkan hukuman penjara lima bulan terhadap Roseaini namun mengurangkan denda kepada RM5,000 manakala hukuman penjara terhadap Rashid diketepikan dan jumlah denda dinaikkan kepada RM5,000.
Terdahulu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili kedua-dua perayu berhujah bahawa perjudian dalam talian melanggar undang-undang jika terdapat roda rolet, bola rolet dan papan pertaruhan rolet seperti di bawah Jadual Kedua akta berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah pula berhujah bahawa apa sahaja kaedah perjudian sama ada dalam talian mahupun secara perkakasan fizikal adalah termasuk dalam kesalahan perjudian di bawah Akta 289.
"Apatah lagi dalam kes ini, komputer dan komputer riba adalah terjumlah kepada 'mesin perjudian.'
"Walaupun teknologi semakin berkembang, Akta 289 adalah terpakai kepada apa sahaja bentuk perkakasan yang lebih canggih dan selaras dengan kemajuan teknologi.
"Kesimpulannya, premis perjudian komputer secara dalam talian tanpa sebarang perkakasan fizikal termasuk definisi dalam takrifan 'rumah perjudian terbuka' di bawah Seksyen 2(d) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Perkakasan yang disebut dalam Jadual Pertama (Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953) adalah memadai sekiranya ia wujud secara perisian komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian. - Gambar hiasan
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jemaah menteri hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masya
Lagenda Properties sahkan pengurusan kanan ditahan SPRM, saham merudum 29.52%
Lagenda Properties Bhd mengesahkan seorang pegawai pengurusanan kanan ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
AWANI Ringkas: Google umum pelaburan RM9.3 bilion di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter TLDM akibat haluan salah
Faktor utama nahas helikopter TLDM 23 April lalu adalah akibat helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan.
Sarah Nava Rani dilantik wakil Malaysia ASEAN ke Jakarta
Malaysia telah melantik Ambassador Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta, Indonesia.
Kakitangan Man Utd diberhentikan secara besar-besaran?
Kakitangan yang tiada kaitan mengenai bola sepak di Manchester United dijemput untuk memberikan jawapan mengenai hala tuju pekerjaan masing-masing melalui emel, semalam.
Selain akademik fokus MRSM tertumpu kemenjadian murid
Selain akademik, fokus penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tertumpu kepada kemenjadian murid secara keseluruhan.
Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA, Shahrizal Mohd Saderi berkata antara galakan yang dibuat bagi melahirkan pelajar berkualiti ialah menyediakan sebanyak 21 program kokurikulum merentasi pelbagai bidang.
Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA, Shahrizal Mohd Saderi berkata antara galakan yang dibuat bagi melahirkan pelajar berkualiti ialah menyediakan sebanyak 21 program kokurikulum merentasi pelbagai bidang.
Kapal pemasangan kabel dikecualikan dasar kabotaj bermula 1 Jun
Semua kapal pemasangan kabel yang terlibat dalam pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan kabel telekomunikasi bawah laut yang mendarat di mana-mana pusat pendaratan kabel bawah laut di perairan Malaysia dikecualikan daripada dasar kabotaj bermula 1 Jun ini.
Kerjasama strategik TVET China-Malaysia transformasi pendidikan teknikal
Kerjasama TVET Malaysia-China bakal transformasi pendidikan teknikal, tingkat gaji premium, dan peluang pekerjaan. Latihan meliputi EV, robotik, IoT, AI dengan pensijilan diiktiraf MQA.
[TERKINI] Google melabur bangunkan pusat data dan wilayah awan pertama
Google mengumumkan pelaburan bernilai RM9.4 bilion (USD2 bilion) untuk menempatkan pusat data Google pertamanya dan rantau Google Cloud di Malaysia.
Ia dijangka akan menyokong 26,500 pekerjaan merentasi pelbagai sektor dalam Malaysia termasuk dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan, dengan jumlah impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion (USD3.2 bilion).
Ia dijangka akan menyokong 26,500 pekerjaan merentasi pelbagai sektor dalam Malaysia termasuk dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan, dengan jumlah impak ekonomi bernilai RM15.04 bilion (USD3.2 bilion).
Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.