awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes gaduh berkumpulan di Port Dickson
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
Kesatuan pembangkang lebih penting daripada polemik Perlis - Pengerusi URIMAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier

Bernama
Bernama
06/07/2022
20:45 MYT
Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Dana Pembiayaan Sarawak memperuntukkan RM1,000 bagi setiap bayi yang dilahirkan dan Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 sejak 2017. - Gambar hiasan
KUCHING: Jumlah kelahiran bayi di Sarawak berkurangan daripada kebiasaan pada 2021 apabila hanya 20,000 bayi direkodkan berbanding kira-kira 40,000 orang bagi tahun-tahun sebelumnya.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata punca penurunan jumlah kelahiran mungkin berlaku ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.
"Meskipun kerajaan negeri memberikan insentif (kepada pasangan berkahwin untuk memiliki anak), ia bukan semudah itu," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Perubatan Tradisional dan Komplementari Sunway serta Pusat Kesuburan Sunway di sini semalam.
Insentif yang dirujuk beliau adalah Dana Pembiayaan Sarawak yang memperuntuk RM1,000 bagi setiap bayi yang dilahirkan dan Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 sejak 2017.
Dr Sim turut menzahirkan penghargaan terhadap inisiatif Kumpulan Sunway untuk memulakan operasi pusat kesuburan di Sarawak iaitu yang kedua seumpamanya di negara ini yang boleh membantu mengatasi isu penurunan jumlah kelahiran bayi di negeri itu.
"Terdapat sekumpulan kecil (pasangan berkahwin) yang berdepan masalah kesuburan serta memerlukan rawatan (sama ada) secara saintifik seperti perubatan barat atau kaedah tradisional dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sunway atas komitmen dan sokongan anda kepada Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jumlah kelahiran bayi
#Sarawak
#sim kui hian
#insentif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan