KUALA LUMPUR: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan (KKM) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 26.2 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME 15/2023) iaitu dari 9 hingga 15 April 2023 berbanding minggu sebelumnya.
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu dengan komorbid namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital masih beroperasi seperti biasa.
"Dari 1 Jan 2023 hingga 15 April 2023, kadar kes kematian (CFR) COVID-19 dilaporkan adalah 0.3 peratus (berbanding gelombang Delta dengan CFR yang tinggi iaitu sebanyak 2.1 peratus).
"Sebanyak 80.7 peratus melibatkan pesakit berumur 60 tahun dan ke atas manakala 82.6 peratus adalah dalam kalangan individu dengan komorbid," menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan kematian pesakit yang tidak pernah divaksinasi adalah enam kali lebih tinggi berbanding pesakit dengan satu dos penggalak.
Berdasarkan data tahun ini setakat 17 April, hanya 50 peratus atau 16,327,196 penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus (819,150 individu) menerima dos penggalak kedua.
"Risiko kemasukan ke hospital dan keterukan gejala boleh dikurangkan dengan pengambilan dos penggalak.
"Justeru, orang ramai terutamanya individu berisiko tinggi disarankan untuk mendapatkan dos penggalak disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada dos terakhir," katanya.
KKM turut mengingatkan rakyat Malaysia agar mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi membendung peningkatan jangkitan semasa musim perayaan walaupun negara berada dalam Fasa Peralihan COVID-19.
Masyarakat juga dinasihat untuk sentiasa mengamalkan TRIIS (Uji, Lapor, Asing, Maklum dan Dapatkan Rawatan) bagi individu yang bergejala dan sekiranya ujian COVID-19 didapati positif, individu tersebut perlu mengasingkan diri, kekal berada di rumah dan tidak menerima tetamu.
"Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka di kawasan sesak, sempit dan ramai orang bagi melindungi golongan berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan komorbid atau imuniti rendah serta kanak-kanak daripada dijangkiti COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023
Menurut KKM, majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu dengan komorbid. - Gambar fail/Astro AWANI
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Pesakit COVID-19 dirawat di hospital Korea Selatan naik enam kali ganda
Bilangan pesakit dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 telah meningkat dengan mendadak di Korea Selatan.
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital meningkat 26.2 peratus - KKM
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan (KKM) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 26.2 peratus.
Pesakit COVID-19 di fasiliti kesihatan meningkat minggu lepas
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 3.4 peratus.
Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan - Khairy
KKM menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga.
COVID-19: Hanya 185 kes baharu dalam kategori tiga hingga lima
Sebanyak 24,056 kes dalam kategori satu dan dua, menjadikan kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak 3,951,678.
Pesakit COVID-19 lari dari hospital maut kemalangan
Seorang pesakit COVID-19 maut dalam kemalangan ketika melarikan diri dari hospital, di Kilometer 28 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di sini, pada Isnin.
Banjir: Tiga PPS khas disediakan di Kuala Krai untuk pesakit COVID-19
PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, SK Manek Urai Baru dan SK Dabong.
Kerajaan lulus pendaftaran bersyarat Ronapreve bagi pesakit COVID-19
Ronapreve mengandungi bahan aktif Casirivimab dan Imdevimab dengan kekuatan 120mg/ml.
Serba Dinamik bangunkan algoritma kesan COVID-19 menerusi bunyi batuk
Algoritma kecerdasan buatan (AI) dibangunkan oleh Serba Dinamik Artificial Intelligence Team (SDAI) berjaya mengenal pasti pesakit COVID-19 hanya menerusi bunyi batuk.
Pesakit COVID-19 maut kemalangan, motosikal ditunggang rempuh pacuan empat roda
Semakan rekod dengan Kementerian Kesihatan mendapati mangsa, Muhamad Amir Daniel, 25, positif COVID-19 dan dalam proses kuarantin.