awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kes positif COVID-19 di Hospital Serdang, HTAR Klang meningkat

Bernama
Bernama
20/12/2020
12:17 MYT
Jumlah kes positif COVID-19 di Hospital Serdang, HTAR Klang meningkat
Keseluruhannya, di HTAR terdapat 143 kes positif melibatkan 62 kakitangan kesihatan dan 81 pesakit. -Gambar fail
SHAH ALAM:Kes positif COVID-19 melibatkan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahiman (HTAR), Klang dan Hospital Serdang merekodkan pertambahan enam lagi kes hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata HTAR merekodkan empat kes positif COVID-19 membabitkan masing-masing dua kakitangan kesihatan dan pesakit manakala di Hospital Serdang pula pertambahan dua kes membabitkan kakitangan kesihatan.
"Keseluruhannya, di HTAR terdapat 143 kes positif melibatkan 62 kakitangan kesihatan dan 81 pesakit manakala di Hospital Serdang terdapat 65 kes keseluruhan melibatkan 37 kakitangan dan 28 pesakit.
"Kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut Dr Sha'ari, keadaan jangkitan COVID-19 di kedua-dua hospital berkenaan adalah terkawal dan sejumlah kakitangan yang tamat menjalani Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO) telah kembali bertugas.
BACA: JKNS nasihat orang awam agar tidak hadir ke HTAR Klang kecuali urusan penting
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca jangkitan berkenaan.
Jumaat lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 72 petugas HTAR sedang menjalani perintah HSO kerana jangkitan COVID-19 manakala di Hospital Serdang pula jangkitan itu membabitkan 29 petugas perubatan serta 28 pesakit dengan angka jangkitan di kedua-dua hospital itu terus meningkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Serdang
#Hospital Klang
#HTAR
#Kes
#positif
#COVID-19
#pertambahan
#meningkat
#JKNS
#Dr Sha'ari Ngadiman
#jabatan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan