Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat bertambah

Kejadian banjir dipercayai disebabkan oleh pertembungan hujan lebat dan air pasang sejak Rabu. - Foto fail/BERNAMA
BATU PAHAT: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat mencatatkan peningkatan kepada 204 mangsa dari 57 keluarga pada pagi Khamis, berbanding 163 mangsa dari 38 keluarga semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat berkata, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.
Ia berikutan lima kawasan dinaiki air melibatkan Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung.
Kejadian banjir dipercayai disebabkan oleh pertembungan hujan lebat dan air pasang sejak Rabu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

