awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan teknologi China ke Sabah langkah strategik perkasa pendidikan - Ratib
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang data pekerjaan AS, keputusan berkaitan tarif
KPM sedia terima saranan ibu bapa isu kerahsiaan - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 89 orang

Bernama
Bernama
03/10/2024
02:00 MYT
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 89 orang
Laman web Public Infobanjir JPS memaklumkan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar, melebihi paras waspada iaitu 1.77m. - Gambar hiasan/BERNAMA
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 89 orang daripada 25 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 97 orang daripada 28 keluarga malam tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di daerah Kota Setar.
Sementara itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar, melebihi paras waspada iaitu 1.77 meter (m).
Sementara itu di PERAK, jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai pada pagi ini, kekal dengan 34 mangsa daripada 10 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan semua mangsa merupakan penduduk Kampung Matang Tengah, yang telah dipindahkan ke PPS tersebut sejak 2 petang semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca di semua daerah di Perak akan mengalami ribut pada petang ini.
Selain itu, JPS turut memaklumkan bahawa paras air Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang berada pada tahap amaran, dengan bacaan paras air setinggi 21.79 meter melebihi paras normal iaitu pada 21.41 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#banjir
#paras air sungai
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan