awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun, tiga PPS ditutup

Bernama
Bernama
29/09/2023
13:23 MYT
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun, tiga PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 1,550 orang daripada 468 keluarga berbanding 1,908 orang daripada 576 keluarga, pagi tadi. - Gambar hiasan/BERNAMA
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 1,550 orang daripada 468 keluarga berbanding 1,908 orang daripada 576 keluarga, pagi tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Baling dan Kota Setar itu ditempatkan di 12 PPS.
Beliau berkata di Kubang Pasu terdapat satu PPS yang masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dan Dewan PPK Lubuk Batu telah ditutup sepenuhnya, petang tadi.
"PPS di Pokok Sena pula di SK Bukit Hijau dan Maahad Tarbiyah Derang masih menempatkan mangsa banjir manakala SK Permatang Limau yang dibuka Rabu lalu telah ditutup sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Muhammad Suhaimi berkata PPS di Baling melibatkan SK Iboi, SMK Jerai, SK Kampung Keda dan Surau Annur.
"Di Kota Setar, PPS melibatkan SK Taman Aman, SMK Kepala Batas, SK Seri Gunung, SK Titi Gajah dan SMK Alor Merah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir kedah
#PPS
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.