Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan jajahan Pasir Mas berkurangan malam tadi kepada 1,968 orang berbanding 2,076 orang petang semalam.

Menurut portal e-Banjir, mangsa banjir daripada 819 keluarga itu ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara di sekitar Rantau Panjang.

Setakat 9 malam, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang turun kepada 9.93 meter berbanding 10.03 meter petang tadi, namun masih di atas paras bahaya iaitu 9 meter.

Jalan-jalan yang dinaiki air masih ditutup kepada kenderaan ringan ialah jalan alternatif Rantau Panjang ke Jeli di Panglima Bayu, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang di Km11, dan Km3 Jalan Pengkalan Rakit.