KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat manakala di Terengganu dan Kelantan terus menurun sementara di Pahang dan Johor tidak berubah setakat malam ini.
Di PERAK, mangsa banjir di Bagan Datuk dan Hilir Perak meningkat kepada 41 orang daripada 15 keluarga berbanding 26 orang daripada 12 keluarga petang tadi.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abd Rahman Talib (SMART) dibuka pada 7 malam ini bagi menempatkan 15 mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Batu 7 Changkat Jong, Hilir Perak.
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat di Bagan Datuk pula masih kekal menempatkan 26 orang daripada 12 keluarga manakala paras air Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak turut meningkat melepasi paras amaran iaitu 3.27 meter ketika ini dan hujan di kebanyakan kawasan.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS terus menunjukkan penurunan angka kepada 27,396 orang berbanding 33,942 orang pada petang tadi.
Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 7,257 keluarga masih berlindung di 192 PPS di kesemua lapan daerah membabitkan Kemaman, Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu serta Marang.
Di KELANTAN, seramai 24,690 orang mangsa banjir daripada 7,709 keluarga berlindung di 75 PPS malam ini, berbanding 25,755 orang daripada 8,015 keluarga petang tadi.
JPBN memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di PPS di sembilan jajahan membabitkan Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh, Kota Bharu, Bachok, dan Tumpat, Jeli dan Machang.
Di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan mangsa banjir malam ini masih kekal seperti petang tadi iaitu 23 orang daripada enam keluarga yang ditempatkan di PPS SK Sungai Ular.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air Sungai Keratong, Rompin dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran serta Paloh Hinai, Pekan sudah melepasi tahap amaran.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di dua PPS di Segamat kekal 46 orang sama seperti dicatatkan petang tadi.
Menurut JPBN dalam kenyataan, seramai 34 orang masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak manakala 12 mangsa yang lain di Dewan Komuniti Kampung Tasek.
"Kesemua mangsa daripada 14 keluarga itu adalah penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Segamat," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022

Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat manakala di Terengganu dan Kelantan terus menurun sementara di Pahang dan Johor tidak berubah setakat malam ini. - Gambar fail/BERNAMA

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Banjir di Sabah semakin buruk, Melaka beransur pulih
Situasi banjir di Sabah bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) petang ini manakala keadaan di Melaka beransur pulih.

Banjir dahsyat landa Indonesia
Ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah akibat banjir dahsyat yang telah melumpuhkan Jakarta.

Enam maut selepas ribut landa dua bandar di Argentina
Ribut yang melanda turut menyebabkan banjir besar dan memaksa pemindahan kecemasan dari kediaman dan pusat kesihatan.

Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang pagi ini
Kesemua mereka melibatkan penduduk yang terjejas di dua daerah, iaitu Melaka Tengah dan Jasin, dengan mangsa ditempatkan di lima PPS.

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.