KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perlis, Perak dan Kedah mencatatkan penurunan setakat 8 malam ini.
Di PERLIS, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata jumlah mangsa menurun kepada 41 orang daripada 12 keluarga setakat malam ini berbanding 44 mangsa daripada 13 keluarga, pagi tadi.
Mohd Izaimi dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa itu ditempatkan di PPS Dewan Titi Tinggi Hilir, Padang Besar yang dibuka secara rasmi pada pukul 1 pagi tadi selain terdapat mangsa yang telah pulang ke rumah masing-masing pada 6.45 petang tadi.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir tiga daerah di negeri itu semakin berkurangan kepada 210 orang daripada 61 keluarga, berbanding 269 orang daripada 80 keluarga pagi tadi.
Menurut kenyataan itu di Hilir Perak, dua PPS masih dibuka iaitu PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak yang menempatkan 107 orang daripada 31 keluarga manakala di PPS Dewan Serbaguna Chikus menempatkan seramai 19 orang daripada lima keluarga.
"Di Kerian pula, 23 orang daripada empat keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakala jumlah mangsa banjir di PPS SK Alor Pongsu juga kekal 57 orang daripada 19 keluarga.
"Di daerah Kinta pula, empat mangsa daripada dua keluarga dari Taman Meru 2C ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Taman Meru 2A manakala kesemua 19 mangsa daripada enam keluarga yang berlindung di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta telah pulang ke kediaman masing-masing," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, 24 mangsa daripada lapan keluarga melibatkan tujuh buah kampung di Hulu Perak yang dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik malam tadi telah ditutup sepenuhnya pada pukul 2 petang tadi.
Sementara itu di KEDAH, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS telah menurun kepada 31 orang terdiri daripada tujuh keluarga, malam ini berbanding 43 mangsa daripada 11 keluarga pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi dalam satu kenyataan berkata seramai 12 mangsa daripada empat keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Malau telah dibenarkan pulang, petang tadi.
"Semua mangsa yang lain masih berada di PPS sama setakat 8 malam ini. Kesemua mangsa adalah penduduk di tiga kampung yang terjejas iaitu Kampung Paya Tok Keong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak di daerah Kubang Pasu.
"Hujan lebat berterusan melebihi tiga jam pada petang semalam menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air dan pihak Angkatan Pertahanan Awam menerima laporan mengenai kejadian banjir itu pada pukul 5.30 petang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perlis, Perak dan Kedah mencatatkan penurunan setakat 8 malam tadi. - Foto APM
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pelajar ILP bantu mangsa banjir baiki peralatan elektrik
Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir yang rugi ribuan ringgit selepas pelbagai barangan rumah ditenggelami air.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.