Skip to main content

Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang

81761925020_PPSNadmaBanjir.jpg
Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,171 orang diikuti Paitan (850) manakala Tawau (245). - Gambar fail/Bernama

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga petang ini berbanding 5,141 orang daripada 2,160 keluarga 8 pagi tadi.

Menerusi kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, kesemua mangsa di Pitas, Paitan dan Tawau itu ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara.

Advertisement

Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,171 orang diikuti Paitan (850) manakala Tawau (245).

"Banjir di ketiga-tiga daerah itu telah menjejaskan 70 kampung," menurut kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah petang dan malam.

-- BERNAMA

Must Watch Video