awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal

Bernama
Bernama
09/02/2025
10:45 MYT
Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini. - Foto hiasan/APM
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.
Di SARAWAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,877 orang daripada 2,465 mangsa pagi tadi dengan ditempatkan di 14 PPS berbanding 16 PPS sebelum ini.
Menurut kenyataan itu, jumlah mangsa di Bintulu ialah 862 orang berbanding 1,099 pagi tadi manakala di Mukah pula menyaksikan sebanyak 602 mangsa berbanding 605 sebelumnya.
Situasi sama dicatatkan di Sibu apabila merekodkan 92 mangsa berbanding 423 pagi tadi manakala di Miri, sebanyak 321 mangsa berbanding 338 sebelumnya.
Dua PPS ditutup setakat petang ini iaitu PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tong Ah Selangau dan Dewan Serbaguna Selangau, kedua-duanya di Sibu.
Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal kepada 989 orang daripada 308 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 989 daripada 305 keluarga pagi tadi.
Menurut kenyataan, kemasukan baharu mangsa banjir ke PPS menyebabkan jumlah mangsa di Sabah kekal seperti di Beaufort terdapat 538 mangsa, Kinabatangan (275) dan Membakut (176) manakala di Tambunan, kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir di kawasan itu surut sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Sarawak
#berkurangan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan