awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Temerloh meningkat kepada 831 orang

Bernama
Bernama
11/05/2017
23:36 MYT
Jumlah mangsa banjir di Temerloh meningkat kepada 831 orang
Semua agensi terlibat berada dalam keadaan siap sedia untuk memindahkan lebih ramai mangsa jika keadaan paras air meningkat berlarutan. - Gambar fail
Sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Temerloh malam tadi menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan turut meningkat kepada 831 orang setakat pukul 9 malam ini berbanding 564 orang petang Khamis.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Zainal Yusoff berkata pusat pemindahan baharu yang dibuka pada pukul 7 malam Rabu adalah di Dewan Serbaguna Sungai Buloh yang menempatkan 10 mangsa daripada tiga keluarga.
"Tiga lagi pusat pemindahan sementara iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti turut mencatatkan pertambahan bilangan mangsa kepada 548 orang malam ini berbanding hanya 400 orang petang tadi.
"Begitu juga dengan mangsa yang ditempatkan di SK Batu Kapor, Mentakab turut meningkat daripada 158 orang kepada 267 orang, manakala jumlah mereka yang dipindahkan di Surau Kampung Bongsu kekal enam orang," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.
Menurutnya, paras air di kawasan Mentakab masih lagi dalam keadaan meningkat, menyebabkan semua agensi yang terlibat berada dalam keadaan siap sedia untuk memindahkan lebih ramai mangsa jika keadaan itu berlarutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkatan pertahanan awam
#APM
#banjir
#temerloh
#Zainal Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan