awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurang, di Kelantan meningkat pagi ini

Bernama
Bernama
25/11/2023
03:10 MYT
Jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurang, di Kelantan meningkat pagi ini
Seorang penduduk Kampung Tersang, Rantau Panjang mendayung bot fiber selepas rumahnya digenangi air akibat limpahan Sungai Golok. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu beransur pulih dengan jumlah penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan setakat pagi ini, namun di Kelantan mencatatkan sedikit peningkatan.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan berkurang kepada 486 orang pagi ini berbanding 638 orang malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu memaklumkan 273 mangsa ditempatkan di dua PPS di Kuala Terengganu, manakala 62 orang berlindung di tiga PPS di Kuala Nerus.
Selain itu, 124 mangsa berada di tiga PPS di Marang dan 27 orang ditempatkan di sebuah PPS di Besut.
Bagaimanapun, paras air sungai di beberapa stesen utama di negeri ini kembali meningkat dengan Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Kampung Besut dalam daerah Setiu berada pada tahap waspada, masing-masing mencecah 11.34 meter (m) dan 16.51m setakat 9.30 pagi ini, manakala Sungai Jalok di Jambatan Chalok mencapai tahap amaran pada 8.25m.
Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman turut berada pada tahap waspada dengan masing-masing mencecah 3.54m dan 1.75m.
Di KELANTAN, berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 63 mangsa masih berlindung di dua PPS melibatkan 30 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja di jajahan Pasir Puteh dan di SK Tok Deh, jajahan Pasir Mas meningkat kepada 33 orang berbanding 31 orang malam tadi.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#banjir
#mangsa
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan