awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir kekal 278 orang malam ini - NADMA

Bernama
Bernama
16/01/2024
14:16 MYT
Jumlah mangsa banjir kekal 278 orang malam ini - NADMA
Di Pahang, seramai 101 orang daripada 34 keluarga masih ditempatkan di sebuah PPS di Rompin. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas banjir kekal 278 orang, setakat 8 malam ini.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa termasuk 99 orang daripada 42 keluarga yang berlindung di dua PPS di Daerah Beluran, Sabah.
Di Pahang pula, seramai 101 orang daripada 34 keluarga masih ditempatkan di sebuah PPS di Rompin, manakala di Johor, seramai 78 orang daripada 20 keluarga berada di tiga PPS iaitu di Segamat (63 orang) dan Batu Pahat (15 orang).
Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa lokaliti sungai di Johor, dan Perlis berada pada paras bahaya malam ini.
Di Johor, sungai berkenaan ialah Sungai Johor di Kota Tinggi dan Sungai Muar di Segamat manakala di Perlis membabitkan Sungai Arau.
Selain itu, terdapat 17 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Tiang di Baling, Kedah dan Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor.
NADMA turut memaklumkan jumlah mangsa kebakaran yang masih berlindung di sebuah PPS di Kuching, Sarawak kekal 38 orang daripada 12 keluarga.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PPS
#NADMA
#jambatan rosak
#bencana banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan