KUALA LUMPUR:Jumlah keseluruhan mangsa banjir melibatkan lima negeri masih melepasi angka 40,000 orang dengan hanya Pahang terdapat sedikit pertambahan jumlah mangsa, petang ini.
Setakat jam 4 petang ini, sejumlah 41,216 orang berada di pusat pemindahan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak berbanding 43,791 mangsa, pagi tadi.
Di PAHANG, Temerloh kekal menjadi daerah paling teruk terjejas banjir di negeri itu dengan 11,871 mangsa daripada 3,227 keluarga masih ditempatkan di 88 pusat pemindahan sementara di kawasan berkenaan.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir di Maran ialah 3,532 orang, Lipis (2,330), Pekan (2,090), Raub (1,836), Jerantut (1,630), Bera (1,442), Kuantan (1,129) dan Rompin (636 orang).
Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, ANIH Berhad, dalam kenyataan, melaporkan laluan Km126.3 antara persimpangan Chenor ke Temerloh masih belum dibuka kepada pengguna sejak ditutup pada jam 2.30 pagi semalam akibat banjir.
Portal infobanjir.water.gov.my pula melaporkan paras Sungai Pahang di lima lokasi masih melepasi paras bahaya iaitu di Lubuk Pasu, Temerloh; Lubuk Paku, Maran; Sungai Yap, Jerantut dan dua di Pekan iaitu Kuala Sungai Chini dan Serambi, serta Sungai Jelai di Lipis.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa berkurangan kepada 10,439 orang di 53 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 3 petang ini, berbanding 11,804 orang pada jam 8 pagi tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi melibatkan 8,153 orang diikuti Dungun (2,198) dan 88 orang di Hulu Terengganu.
"Penduduk perlu terus berwaspada kerana amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga telah dikeluarkan berkuat kuasa sehingga 13 Jan ini. Dalam tempoh ini terdapat kemungkinan berlaku lagi limpahan air laut terutama semasa air pasang besar mulai esok hingga 12 Jan," katanya.
Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan dua sungai di dua daerah masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman setinggi 5.53 meter (m) (paras bahaya 4m) dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau setinggi 12.84m (paras bahaya 12.5m).
Di KELANTAN, jumlah mangsa dipindahkan membabitkan tiga jajahan menurun kepada 3,697 orang setakat jam 3 petang ini, berbanding 4,633 orang pagi tadi, dengan 45 pusat pemindahan masih diaktifkan.
Berdasarkan aplikasi Info Bencana JKM, ketika ini PPS di jajahan Gua Musang, Jeli dan Kota Bharu yang dibuka pagi tadi, telah ditutup sepenuhnya, sementara di Kuala Krai masih kekal mencatat penduduk paling ramai terjejas membabitkan 1,744 orang, diikuti Pasir Mas (1,577) dan 376 orang di Tanah Merah.
Portal infobanjir.water.gov.my pula memaklumkan setakat jam 3 petang ini, tiga sungai di Kelantan merekod bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah setinggi 16.65m, Sungai Kelantan di Jeti Kastam (5.04 m), Sungai Golok di Rantau Panjang (10.36 m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu (2.91 m).
Di JOHOR, keadaan banjir semakin pulih berikutan jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun secara mendadak kepada 485 orang daripada 129 keluarga setakat jam 4 petang ini, berbanding 1,207 mangsa daripada 305 keluarga pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kesihatan Johor, R.Vidyananthan berkata berikutan penurunan mangsa itu, sebuah daripada PPS di Kota Tinggi di Sekolah Kebangsaan (SK) Semangar ditutup pada jam 1 tengah hari, disusuli PPS terakhir di daerah Johor Bahru dan Kluang melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang, SK Kahang Batu 28 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kahang yang ditutup kira-kira jam 2 petang tadi.
Beliau berkata ekoran penutupan pusat pemindahan itu, hanya Kota Tinggi, Mersing dan Segamat menjadi daerah yang masih terjejas dengan sembilan tempat berkenaan masih beroperasi.
Menurutnya, di Segamat terdapat dua PPS beroperasi untuk menempatkan 89 orang daripada 24 keluarga, Mersing (lima PPS melibatkan 320 orang daripada 85 keluarga) dan Kota Tinggi (dua PPS melibatkan 76 orang daripada 20 keluarga).
"Dua jalan iaitu Jalan Haji Suhud di Johor Bahru dan Jalan Tanah Abang di Mersing juga masih ditutup ketika ini kepada semua kenderaan," katanya dalam kenyataan.
Di PERAK, keadaan bertambah baik apabila hanya tinggal 99 mangsa berada di dua PPS setakat jam 2 petang ini, berbanding 131 mangsa pagi tadi.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, seramai 83 mangsa banjir di daerah Hilir Perak berada di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan manakala 16 lagi yang terjejas di Hulu Perak masih ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Perah, Gerik.
Sementara itu, PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Tanjung Aur, Bota yang dibuka sejak Khamis lalu ditutup jam 1 tengah hari ini selepas banjir pulih dan penduduk terjejas dibenar pulang ke rumah masing-masing.
Semakan di portal infobanjir.water.gov.my mendapati paras Sungai Perak di Kuala Kenderong dan Tasik Temenggor di daerah Hulu Perak serta Kampung Gajah dalam daerah Perak Tengah kini pada tahap amaran selepas masing-masing mencatat bacaan 112.45m, 247.19m dan 6.67m.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 09 2021

Setakat jam 4 petang ini, sejumlah 41,216 orang berada di pusat pemindahan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak berbanding 43,791 mangsa, pagi tadi. - Gambar hiasan/BERNAMA
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927595441610929097903/1886027_27846248341610929256993_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [18 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46.

COVID-19: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin
Brazil kini memiliki 6 juta dos vaksin Sinovac dan sedia diedarkan dalam masa beberapa hari.

Terbuka Australia | 72 pemain tenis jalani kuarantin
72 pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Terbuka Australia diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas ada kes positif COVID-19 dikesan dalam pesawat sewa khas ketiga yang tiba di Melbourne.

Unjuran Pasaran | Bursa dijangka didagang berhati-hati
Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berhati-hati menjelang pengumuman Bank Negara mengenai kadar dasar semalaman pada Rabu. Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata kemungkinan satu lagi pengurangan kadar oleh bank pusat tidak dapat dielakkan.

Unjuran Pasaran | Niaga hadapan MSM dijangka merosot
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives dijangka merosot minggu ini, didorong aktiviti pengambilan untung berikutan harga lebih tinggi. Interband Group of Companies berkata harga dijangka berada antara RM3,350 dan RM3,450 satu tan pada minggu ini.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka uji paras psikologi 4.0
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar Amerika pada minggu ini. Ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Negara akan kekalkan kadar dasar semalaman pada 1.75 peratus minggu ini.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.02 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.02 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 397 ribu kes.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.82 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.82 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Politik | UMNO perlu curi peluang pulihkan imej
Pemimpin UMNO perlu bijak mencuri peluang memulihkan imej bagi mendapatkan semula kepercayaan akar umbi. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Rohazam Bakar berkata, asakan dan desakan oleh segelintir pihak di tengah-tengah krisis pandemik hanya akan melemahkan parti dan menonjolkan kepada rakyat bahawa UMNO semakin tidak relevan.

Saringan COVID-19 yakinkan NGO bantu mangsa banjir - Ahli Parlimen Jerantut
Saringan COVID-19 yang perlu dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum memberi bantuan kepada mangsa banjir memberi lebih keyakinan kepada petugas berkenaan dalam isu keselamatan.

Beberapa negeri semakin pulih, Sarawak pula masih dilanda banjir
Keadaan banjir di beberapa negeri telah menunjukkan perkembangan baik dengan penurunan jumlah mangsa banjir, sebaliknya Sarawak masih banjir.

COVID-19: Pesakit mati lemas akibat kurang bekalan oksigen di Brazil
Bekalan oksigen hampir habis di beberapa hospital dan wad rawatan rapi penuh sehingga sejumlah pesakit diangkut ke negeri lain.

Banjir di Johor bertambah buruk
Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi, hujan lebat tahap bahaya akan melanda Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai, Kluang, Pontian dan Kota Tinggi.

Rumah 40 tahun runtuh bahagian dapur akibat hakisan
Satu keluarga dari Kampung Surau Kota di sini berhadapan dengan saat mencemaskan apabila rumah yang didiami hampir 40 tahun ranap di bahagian dapur akibat hakisan banjir Sungai Kelantan.

Bilangan mangsa banjir berkurangan di empat negeri, naik di Johor
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak terus menunjukkan trend penurunan petang ini setelah beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri itu ditutup.

Jumlah mangsa banjir masih lebih 40,000 petang ini
Setakat jam 4 petang ini, sejumlah 41,216 orang berada di pusat pemindahan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak berbanding 43,791 mangsa, pagi tadi.

Banjir di selatan Thailand semakin buruk
Narathiwat ialah wilayah paling teruk dilanda banjir membabitkan 22,308 keluarga, diikuti di Yala (12,082), Pattani (2,810) dan Songkhla (60).

Jangan guna kelengkapan elektrik terendam air - Suruhanjaya Tenaga
Sebelum suis utama dihidupkan, semua pendawaian dan kelengkapan elektrik di dalam rumah perlu diperiksa oleh kontraktor elektrik bertauliah atau berdaftar dengan ST.

Kawasan pinggir, hilir Sungai Pahang dijangka terus terjejas banjir
Banjir di Pahang dijangka berterusan untuk tempoh dua ke tiga hari lagi terutamanya di kawasan pinggir dan hilir Sungai Pahang susulan trend air yang dilaporkan mula turun ke kawasan lebih rendah.