awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
AS percaya normalisasi hubungan Rusia-Eropah boleh dicapai melalui ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir Sabah menurun kepada 1,435 orang

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
12/05/2022
10:03 MYT
Jumlah mangsa banjir Sabah menurun kepada 1,435 orang
Trend semasa situasi banjir di Sabah kini menunjukkan penurunan. - Foto APM Sabah
KOTA KINABALU: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Sabah kini sudah mula menunjukkan trend penurunan, dengan 1,435 mangsa dilaporkan berbanding 1,958 mangsa dilaporkan pagi tadi.
Dalam kemas kini yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah, jumlah ketua isi rumah (KIR) yang terlibat juga telah menurun kepada 554 keluarga setakat jam 4 petang tadi.
Menurutnya, bilangan mangsa yang terjejas banjir semakin berkuarangan berikutan beberapa kawasan telah kembali pulih.
"Di daerah Tenom, jumlah mangsa terjejas banjir adalah seramai 1,083 orang melibatkan 459 keluarga.
"Sementara di Beaufort, dilaporkan sebanyak 352 mangsa daripada 95 keluarga dilaporkan masih terjejas," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, sebanyak 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi di kedua daerah ini, berbanding 17 PPS yang dilaporkan pagi tadi.
"Terdapat empat PPS di Tenom yang telah dihentikan operasi.
"Antaranya ialah Rumah Kebudayaan Ponontomon, SK Mandalom, Dewan Kebudayaan Mandalom dan Rumah Kebudayaan Makakagas," katanya.
Jelasnya, terdapat 11 PPS yang masih aktif di Tenom, antaranya ialah Dewan Masyarakat Sri Antenom, Rumah Kebudayaan Batu-Batu, Rumah Kebudayaan Maugus dan Rumah Kebudayaan Angalor.
Manakala di Beaufort masih kekal dengan dua PPS aktif iaitu Dewan Selagon dan Dewan DSP Dun Banir.
Topic Berkaitan
#banjir
#Sabah
#APM
#PPS
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan