awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah pekerja asing di Malaysia kini lebih 2.7 juta orang

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
31/10/2023
07:00 MYT
Jumlah pekerja asing di Malaysia kini lebih 2.7 juta orang
Sivakumar menjawab soalan dibangkitkan Datuk Awang Hashim (PN - Pendang) yang membangkitkan isu pekerja asing di Malaysia. - Foto Japen
KUALA LUMPUR: Unjuran jumlah pekerja asing sehingga 30 September 2023 adalah lebih 2.7 juta orang.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, jumlah itu merangkumi lebih 1.8 juta pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara dan lebih 150,000 pekerja asing yang belum memasuki Malaysia.
Menurutnya, jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 pula adalah seramai 747,167 orang.
“Penggunaan pekerja asing adalah bagi memenuhi keperluan tenaga kerja bagi sektor-sektor tertentu yang sukar diisi oleh tenaga buruh tempatan.
“Berikutan itu, Kerajaan giat merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi menggalakkan tenaga kerja tempatan menceburi pekerjaan dalam sektor yang didominasi pekerja asing.
“Kementerian Sumber Manusia menggalakkan industri supaya beralih kepada penggunaan automasi, mekanisasi dan pendigitalan yang dapat mewujudkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran tinggi,” katanya.
Tambah beliau, kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah akan dapat dikurangkan secara berperingkat dengan pelaksanaan automasi, mekanisasi dan pendigitalan.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Selasa, menjawab soalan dibangkitkan Datuk Awang Hashim (PN - Pendang) yang membangkitkan isu pekerja asing di Malaysia.
Topic Berkaitan
#pati
#V Sivakumar
#Kementerian Sumber Manusia
#pendatang asing
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan