SEPANG: Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Roslan Abdul Rahman berkata peningkatan itu mencerminkan kejayaan kempen mempromosi Malaysia sebagai destinasi yang menarik kepada pelancong asing.
"Angka ini menunjukkan suatu peningkatan yang baik. Saya kongsi perbandingan dengan 2019 kerana ia adalah tahun sebelum pandemik COVID-19. Data 2023 kita belum analisis dan bentang kepada Kabinet.
"Insya-Allah untuk 2024, kita harap dapat atasi jumlah tersebut dengan adanya pelbagai kempen promosi Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir bersama Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing bagi menyambut ketibaan penerbangan sulung Batik Air bagi laluan Kuala-Lumpur-Istanbul Sabiha Gocken International Airport (KUL-ISG) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini pada Sabtu.
Pada majlis itu, ketibaan pesawat Batik Air disambut dengan semburan air ketika ia bergerak memasuki hangar sebagai simbolik penerbangan sulung bagi laluan tersebut manakala paluan gong dan lagaan simbal mengiringi gerakan akrobatik tarian singa dimainkan ketika penumpang memasuki balai ketibaan.
Kira-kira 90 pelancong yang menaiki pesawat itu disambut oleh Tiong dan diberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kerana memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
"Kita raikan ketibaan pelancong dengan 'goodies bag' dan bagi penghormatan kepada kapten bersama krunya untuk gaul Yee Sang sebagai simbol persahabatan dan sambutan Tahun Baharu Cina serta tanda terima kasih kerana membawa penumpang ke sini," katanya.
Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Batik Air telah terpilih sebagai pengendali bagi laluan KUL-ISG susulan komitmen pelaburan Malaysia Airport Holding Bhd sebanyak 200 juta pound Britain di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA).
Malaysia dan Turkiye menjalinkan hubungan diplomatik selama enam dekad sejak 1964.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Roslan berkata peningkatan itu mencerminkan kejayaan kempen mempromosi Malaysia sebagai destinasi yang menarik kepada pelancong asing. - Foto BERNAMA
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Banjir: Jumlah mangsa di tiga negeri menurun, dua tidak berubah
Di Kelantan, 2,268 orang daripada 655 keluarga ditempatkan di empat PPS setakat 8 pagi ini, berbanding 2,925 orang malam tadi.
Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia
Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban pada Sabtu.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Beliau berkata meskipun perubahan adalah sesuatu yang biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024
Sejak mula beroperasi, transaksi e-pembayaran tiga bank itu catat peningkatan yang luar biasa dalam tempoh masa yang singkat, mengatasi jangkaan dan unjuran.
17 projek persekutuan di Sabah sakit, 420 projek lagi belum bermula
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, tumpuan ketika ini adalah untuk menyelesaikan projek terbabit dan memastikan 420 projek yang belum bermula dapat dimulakan secepat mungkin.
Jualan Madani: Penjimatan sehingga RM1.05 juta
Pengerusi Task Force NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, sejak Februari lalu hampir 300 program jualan telah dilancarkan dan rakyat menerima manfaat sepanjang program berkenaan diadakan.
Kerajaan fokus 91,000 hektar tanah terbiar untuk tanaman padi
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata usaha tersebut termasuk memanfaatkan tanah terbiar di kawasan luar jelapang padi seperti di Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.
30 kampung di Kuala Krai, Kelantan diramal banjir
Amaran dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan 30 buah kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Galas, Sungai Pahi dan Sungai Lebir di Kuala Krai Kelantan akan dilanda banjir bermula Isnin sehingga Jumaat ini.
Di mana Bashar al-Assad bersembunyi?
Terdapat dakwaan mengatakan Assad mungkin telah melarikan diri dari Damsyik.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.