KUALA LUMPUR: Bilangan pencarum sukarela terkumpul di bawah program i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melonjak sebanyak 77 peratus kepada 599,000 orang bagi tempoh suku pertama 2022.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau juga difahamkan bahawa dana persaraan itu akan terus menyasarkan sektor tidak formal dan yang bekerja sendiri bagi meningkatkan usaha perlindungan sosial itu.
"Ini bagi memastikan semua rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada simpanan persaraan mereka," katanya pada Majlis Pelancaran Kemudahan Insurans dan Takaful i-Lindung di sini, hari ini.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga sedang giat meneliti dasar-dasar yang dapat mempercepat proses peningkatan liputan perlindungan sosial yang akan diumumkan kelak.
Malah, beliau turut menyifatkan langkah kerajaan mengumumkan tahap gaji minimum RM1,500 pada 1 Mei 2022, akan dapat menyumbang kepada penambahbaikan kualiti kehidupan rakyat.
"Langkah meningkatkan keselamatan sosial merupakan aspek penting dalam mengurangkan jurang kekayaan selain meningkatkan gaji sara hidup.
"Jika isu struktur ini tidak ditangani segera, ia bakal menjadi risiko kepada kestabilan sosioekonomi negara di masa hadapan," katanya.
Tengku Zafrul menegaskan, biarpun kerajaan dan KWSP mengkaji dasar-dasar bagi mengukuhkan keselamatan sosial untuk rakyat Malaysia bagi jangka masa panjang, aspek seperti usaha-usaha jangka pendek juga perlu diteruskan.
"Ini kerana hakikatnya, masih ramai yang tidak mengetahui langsung mengenai keperluan serta kepentingan insurans atau takaful. Jika ada yang sedar mengenai pentingnya untuk menyediakan persiapan ini, mereka pula mungkin kurang berkemampuan," katanya.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Malaysia masih tidak mempunyai sebarang bentuk perlindungan insurans atau takaful.
"Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi menunjukkan hampir separuh daripada jumlah rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan tambahan bagi membayar kos perubatan.
"Ini merupakan satu cabaran yang bakal dihadapi oleh rakyat kerana kita semakin hampir untuk mencapai status negara menua seawal tahun 2030," katanya.
Beliau mengingatkan bahawa beban kewangan tersebut bukan setakat ditanggung oleh kerajaan, tetapi turut melibatkan kalangan pembayar cukai pada masa hadapan sekiranya warga tua tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka.
"Saya ingin menyarankan agar ahli-ahli KWSP merebut peluang mendapatkan perlindungan insurans dan takaful yang sewajarnya melalui i-Lindung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022
Dana persaraan itu akan terus menyasarkan sektor tidak formal dan yang bekerja sendiri bagi meningkatkan usaha perlindungan sosial itu.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.