awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumpa mayat reput, polis tahan lelaki tempatan disyaki terbabit kes bunuh

Aida Aziz
Aida Aziz
16/10/2022
07:29 MYT
Jumpa mayat reput, polis tahan lelaki tempatan disyaki terbabit kes bunuh
Polis menangkap seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai bertanggungjawab ke atas kes penemuan mayat reput di kawasan semak tepi lampu isyarat Jalan Besar Tambun, Tambun, pada Rabu lalu. - Gambar ihsan pembaca
IPOH: Polis menangkap seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai bertanggungjawab ke atas kes penemuan mayat reput di kawasan semak tepi lampu isyarat Jalan Besar Tambun, di sini, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek yang berusia 24 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, pada Khamis.
Mohd Yusri berkata, dengan tertangkapnya suspek yang dipercayai bertanggungjawab ke atas kematian mangsa, maka kes berkenaan berjaya diselesaikan.
"Suspek lelaki warga tempatan berumur 24 tahun berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai pada 13 Oktober lalu.
"Dengan rampasan beberapa barang kes berkaitan untuk membantu siasatan.
"Pihak polis akan melengkapkan tindakan siasatan bagi kes ini dalam masa terdekat dan merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak bagi cadangan pertuduhan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan, hasil bedah siasat terhadap mayat reput yang ditemui berhampiran lokasi kemalangan di Jalan Besar Tambun, menunjukkan punca kematian adalah disebabkan dicekik.
Mohd Yusri berkata, sehubungan itu, kes berkenaan telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Turut dilaporkan, mayat reput yang ditemukan itu disyaki ada kaitan dengan padanan kes orang hilang.
Menurut Mohd Yusri, pihaknya menemui padanan tersebut, setelah semakan dibuat berhubung penemuan mayat berkenaan.
Topic Berkaitan
#mayat reput
#lelaki tempatan
#disyaki bunuh
#Ketua Polis Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan