MALAYSIA
Jurang Generasi: Suaikan keperluan Gen Z, kekalkan nilai kecemerlangan, integriti - Penganalisis

Majikan masih perlu berkeras dalam memupuk nilai kecemerlangan dan integriti yang bersifat kalis masa kepada Gen Z. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Majikan perlu belajar untuk beradaptasi dengan keperluan Generasi Z (Gen Z) melibatkan kesihatan mental dan budaya hiudp-kerja seimbang.
Ringkasan AI
- Gen Z menekankan keseimbangan hidup-kerja dan kesihatan mental, maka majikan perlu lebih fleksibel dan memahami keperluan ini.
- Walaupun perlu berdaya suai, majikan tetap perlu mengekalkan nilai seperti kerja keras, kecemerlangan dan integriti yang bersifat kalis masa.
- Gen Z perlu dilatih untuk berfikir secara kreatif dan kritikal, kemahiran yang tidak boleh diajar oleh teknologi seperti ChatGPT, dan ini menjadi cabaran utama institusi pendidikan.
“Saya fikir ini kita perlu lebih berdaya suai untuk memahami keperluan Gen Z, tetapi masih ada nilai-nilai penting; kerja kuat, kecemerlangan dan integriti, ialah nilai yang malar hijau. Ini merupakan proses pembelajaran kepada para majikan,” katanya.
Tambahnya, selain daripada aspek karakter generasi muda, Cheryl Ann turut menekankan kepentingan melatih minda generasi ini agar mampu berfikir sendiri secara kritikal tanpa bergantung sepenuhnya kepada teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Bagaimana untuk kita latih kemahiran yang tidak boleh diajar oleh ChatGPT; kreativiti, kritikal dan konstruktif?
“Ini merupakan peranan universiti yang berdepan dengan cabaran yang sukar akibat teknologi AI. Soalan-soalan yang ditanyakan perlu capai satu tahap kesukaran yang boleh memaksa pelajar jadi lebih kritikal,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu, ketika ditemui di Mesyuarat Tahunan Juara-juara Baharu (AMNC) 2025 anjuran Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Tianjin, China.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami