awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurang literasi Bahasa Inggeris antara bandar dan luar bandar semakin kecil

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
07/11/2016
06:47 MYT
Jurang literasi Bahasa Inggeris antara bandar dan luar bandar semakin kecil
Sin Woon turut mengakui kekurangan guru Bahasa Inggeris serta kualiti pengajaran juga mempengaruhi tahap literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di luar bandar. - Gambar hiasan
Jurang antara tahap literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah luar bandar dan di bandar semakin kecil dari tahun ke tahun.
Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, kerajaan komited untuk terus merapatkan jurang berkenaan selain meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
"Prestasi kini menunjukkan tahap literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah luar bandar pada 83.3 peratus manakala pelajar di bandar mencatatkan tahap literasi pada 89.9 peratus," kata Sin Woon.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan dari Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Besar) yang ingin mengetahui prestasi semasa literasi Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar dan apa yang dilakukan kerajaan untuk mengurangkan jurang penguasaan subjek tersebut di bandar dan di luar bandar.
Selain itu, Sin Woon turut mengakui kekurangan guru Bahasa Inggeris serta kualiti pengajaran juga mempengaruhi tahap literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di luar bandar.
"Oleh itu, Kementerian Pendidikan akan terus melatih guru-guru Bahasa Inggeris sedia ada serta memastikan bilangan guru subjek tersebut yang mencukupi di setiap sekolah, terutamanya di luar bandar," kata Sin Woon.
Topic Berkaitan
#bahasa Inggeris
#Chong Sin Woon
#jurang
#sekolah luar bandar
#semakin kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan