awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurujual kereta didakwa bantu sembunyi wang lebih RM900,000

Bernama
Bernama
26/03/2025
06:20 MYT
Jurujual kereta didakwa bantu sembunyi wang lebih RM900,000
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang jurujual kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menolong menyembunyikan wang berjumlah lebih RM900,000 milik seorang wanita ke dalam akaun bank miliknya.

Ringkasan AI
  • Seorang jurujual kereta, Oliver Yap Chee Fong, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menolong menyembunyikan wang RM939,129 milik Tan Wai Mei.
  • Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
  • Hakim membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April untuk sebutan kes.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Oliver Yap Chee Fong, 29, didakwa menolong menyembunyikan wang RM939,129 milik Tan Wai Mei, 40, yang dimasukkan ke dalam akaun banknya di Taman Sentul Bahagia, Sentul di sini pada 17 Okt 2022 dan 15 Mac 2023.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman menawarkan jaminan RM60,000 bagi kedua-dua pertuduhan, namun peguam Amritpal Singh merayu jaminan dikurangkan kepada RM3,000 atas alasan anak guamnya mempunyai pendapatan RM1,700 sebulan.
"Anak guam saya memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan kes ini selain tiada risiko melarikan diri," kata peguam itu.
Hakim Azrul Darus membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#jurujual kereta
#Oliver Yap Chee Fong
#menyembunyikan wang RM939129
#Tan Wai Mei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan